PENGENALAN
Program Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian bermatlamat untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan negara, industri, serta pasaran global.
Kurikulum program ini merangkumi prinsip asas mikrobiologi, teknik-teknik teknikal, serta bidang pengkhususan seperti bakteriologi, virologi, mikologi, dan biologi molekul. Pada tahun akhir pengajian, pelajar berpeluang untuk menjalankan projek penyelidikan di bawah bimbingan pensyarah yang berpengalaman. Para pensyarah di jabatan ini terlibat secara aktif dalam pelbagai bidang penyelidikan, termasuk mikrobiologi gunaan, teknologi enzim, biologi molekul, dan virologi. Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan PhD juga boleh terlibat dalam bidang penyelidikan tersebut.
Tempoh pengajian program ini adalah selama lapan semester (empat tahun) dengan jumlah minimum 126 kredit yang diperlukan untuk pengijazahan. Program ini menggunakan kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), yang menggabungkan teori dan pengalaman praktikal melalui kuliah, tutorial, seminar, latihan industri, lawatan sambil belajar, kajian kes, kerja lapangan, serta projek penyelidikan.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Am Universiti
Lepasan STPM
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; DAN
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 dan Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Lepasan Matrikulasi/Asasi
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; DAN
- Lulus Asasi Sains Pertanian UPM/Matrikulasi KPM/Asasi UM/Asasi UKM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 dan Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Lepasan Diploma/Setaraf
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; DAN
- Memiliki kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; ATAU
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU
- Lulus peperiksaan Matrikulasi/Asasi tahun 2023 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
- Lulus Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
SYARAT KHAS PROGRAM
Lepasan STPM
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut; Kimia, Biologi dan Matematik/Matematik Tambahan; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020.

Lepasan Diploma
- Memiliki Diploma (Level 4, MQF) dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM dengan mendapatkan sekurang-kurangnya PNGK 3.00; DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan bermula sesi 1 tahun 2021 atau Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020.
INTERNATIONAL ADMISSION
GENERAL QUALIFICATION FOR ADMISSION
- Have received a National Higher School Certificate (or an Advanced Level or the equivalent of 12 years of basic education) with the grade 80% and above; OR
- Have obtained Matriculation/Foundation Certificate from recognised institution with at least aCGPA of 3.00; AND
- Have also fulfilled the specific programme requirements.
SPECIFIC PROGRAMME REQUIREMENTS
Applying with National Higher School/ A Level or Equivalent
- Have received a CGPA of 3.00/4.00 or average percentage of 80%; AND
- A minimum grade B in the following subjects; Biology, Chemistry and Mathematics; AND
- Have obtained one (1) of the English Language Proficiency qualifications as follows: MUET Band 3.0 or IELTS Band 5.5 or TOEFL score 500 (PBT) / 60 (IBT) / 176 (CBT) or CIEP Level 107 at ELS UPM; AND
- Pass interview session.
Applying with Matriculation/Foundation Studies (recognised institution)
- Have received a CGPA of 3.00/4.00; AND
- A minimum grade B in the following subjects; Biology, Chemistry and Mathematics; AND
- Have obtained one (1) of the English Language Proficiency qualifications as follows: MUET Band 3.0 or IELTS Band 5.5 or TOEFL score 500 (PBT) / 60 (IBT) / 176 (CBT) or CIEP Level 107 at ELS UPM; AND
- Pass interview session.
Applying with Diploma (recognised institution)
- Have received a CGPA of 3.00/4.00; AND
- Have obtained one (1) of the English Language Proficiency qualifications as follows: MUET Band 3.0 or IELTS Band 5.5 or TOEFL score 500 (PBT) / 60 (IBT) / 176 (CBT) or CIEP Level 107 at ELS UPM; AND
- Pass interview session.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
Matlamat program (Program Educational Objectives, PEO) Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian adalah untuk melahirkan:
- Ahli mikrobiologi yang berpengetahuan dan kompeten dalam menerajui bidang berkaitan Mikrobiologi.
- Pegawai yang beretika dan berintegriti di samping mampu berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif.
- Penyelidik yang mempunyai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat yang berupaya menyumbang kepada penerokaan ilmu dalam bidang Mikrobiologi.
MAKLUMAT KERJAYA DAN LATIHAN INDUSTRI
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam sektor awam atau swasta. Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi sama ada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan. Secara amnya, peluang kerjaya graduan dapat disenaraikan di bawah:
- Ahli Mikrobiologi

- Pegawai Sains

- Pegawai Penyelidik

- Pegawai Kawalan Kualiti
- Eksekutif Makmal
LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri (kod kursus BMY4902) adalah sebahagian daripada Kursus Teras yang wajib diambil oleh para pelajar. Jumlah kredit bagi latihan industri adalah 12 kredit. Kursus Latihan Industri akan ditawarkan pada semester akhir (semester 8) selepas pelajar telah melengkapkan kursus Disertasi Bacelor. Ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan kerana pelajar akan dapat mempraktiskan pengetahuan kepada proses kerja di alam kerjaya dengan lebih berkesan. Para pelajar berpeluang untuk membuat latihan industri serta memperluaskan jaringan bersama industri selama 24 minggu.
PENGIKTIRAFAN PROGRAM
Memenuhi keperluan MQA (Malaysian Qualification Agency) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Memenuhi keperluan universiti dan ISO, semakan kurikulum setiap lima (5) tahun.
Kemaskini:: 06/03/2026 [sam_hidayah]
PERKONGSIAN MEDIA