PENGENALAN
Program Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia (3 tahun) telah ditawarkan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul sejak 2004 dan kini nama program telah ditukar kepada Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian bagi melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang biokimia samada dalam sektor awam, swasta mahu pun bekerja sendiri.
STRUKTUR KURIKULUM
Struktur Kurikulum dibuat berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Pelajar perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya 122 kredit untuk bergraduat.
Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Universiti, Kursus Teras dan Kursus Elektif :
1. Kursus Universiti
Kursus yang diperuntukkan (mengikut ketetapan universiti) untuk memastikan pendidikan yang menyeluruh dapat diberikan kepada pelajar. Sebanyak 25 kredit perlu diambil yang merangkumi sebelas (11) kursus termasuk kokurikulum sebanyak 2 kredit. Komponen kursus universiti terdiri daripada kursus kemanusiaan bagi memupuk nilai murni, etika dan moral serta kursus yang bertujuan untuk membentuk kemahiran komunikasi dan keusahawan yang penting kepada kemajuan kerjaya pelajar.
2. Kursus Teras
Kursus yang ditetapkan dalam progam sebagai perlu bagi mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang pengajian. Komponen terdiri daripada kursus asas biokimia. Sebanyak 64 kredit perlu diambil kesemuanya.
3. Kursus Elektif
Sejumlah 33 kredit yang perlu diambil oleh pelajar ialah kursus elektif yang tersenarai dalam Elektif Bidang Biokimia (21 kredit) yang terdiri daripada kursus elektif biokimia dan kursus sains daripada Jabatan lain, kursus elektif dalam Elektif Pengurusan dan Kemanusiaan (6 kredit) terdiri daripada kursus pengurusan dan kemanusiaan dan akhir sekali ialah kursus elektif dalam Elektif Bebas (6 kredit) iaitu kursus terbuka termasuk 3 kredit bahasa global. Kursus elektif dalam Elektif Bidang Biokimia merupakan kursus yang menyokong dan mengukuhkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang biokimia mengikut pilihan pelajar.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Am Universiti
1. Lepasan STPM
I. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
II. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Mendapat sekurang-kurangnya:
i. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
III. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
2. Lepasan Matrikulasi/Asasi
I. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
II. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains Pertanian UPM/Asasi Sains UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
III.Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
3. Lepasan Diploma
I. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
II. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti Awam;
atau
III. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
atau
IV. Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012 atau sebe,umnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
V. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Lepasan SPM
I. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
i. Kimia; dan
ii. Biologi
II. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
i. Matematik T / Matematik Lanjutan T
2. Lepasan Matrikulasi/Asasi
I. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:
i. Kimia; dan
ii. Biologi
II. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran berikut:
i. Matematik
3. Lepasan Diploma
I. Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Matlamat program (Program Educational Objectives, PEO) Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian adalah untuk melahirkan:
MAKLUMAT KERJAYA
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam sector awam atau swasta. Graduan boleh meneruskan pengajian ketahap lebih tinggi sama ada di universiti dalam Negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan.
Secara amnya, peluang kerjaya graduan dapat disenaraikan seperti dibawah:
LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri pelajar bagi program Bacelor Sains Biokimia dengan kepujian (BCH4901) akan ditawarkan pada semester akhir. Ini kerana pelajar tahun akhir telah pun memenuhi hampir semua kredit yang perlu untuk bergraduat dan mereka dapat menjalankan latihan industri di agensi dengan lebih berkesan. Saranan daripada agensi luar telah diambil kira, iaitu mewajibkan Latihan Industri 6(0+6) dan akan dijalankan oleh pelajar pada semester terakhir pengajian (Semester 8). Selain daripada itu, kursus Aplikasi Biokimia dalam Industri (BCH4303) diterapkan dalam kursus teras.
YURAN PENGAJIAN DAN BANTUAN KEWANGAN
Untuk yuran pengajian boleh merujuk disini
PENGIKTIRAFAN PROGRAM
Program ini adalah berdasarkan kepada keperluan yang disarankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Selain mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program ini juga selaras dengan Pelan Halatuju Sumber Manusia dalam Sains dan Teknologi 2012 yang dapat menyumbang kepada sumber manusia di dalam Sains dan Teknologi (S&T) bagi kemajuan negara.
Kemaskini:: 07/08/2017 [m_radzi]
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia