Warga FBSB Terima Pengiktirafan Dalam Majlis Gemilang Putra 2026 | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
» NEWS » Warga FBSB Terima Pengiktirafan dalam Majlis Gemilang Putra 2026

Warga FBSB Terima Pengiktirafan dalam Majlis Gemilang Putra 2026

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada warga fakulti yang telah menerima pengiktirafan dalam Majlis Gemilang Putra 2026 yang berlangsung pada 19 Mei 2026.

Seramai 12 warga FBSB telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi serta prestasi kerja cemerlang yang dipamerkan sepanjang tahun perkhidmatan. Penerima APC 2025 ialah:

  • Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak (Kuota Timbalan Dekan)
  • Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shahrudin (Kuota Timbalan Pengarah)
  • Dr. Amalia Mohd Hashim (Kuota Ketua Laboratori)
  • Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor
  • Dr. Fadzlie Wong Faizal Wong
  • Dr. Sharifah Alawieyah Syed Mortadza
  • Dr. Wan Nur Ismah Wan Ahmad Kamil
  • Puan Nurul Hidayah Samadi
  • Encik Muhammad Zuhair Ali
  • Cik Ainnatul Mardhiah Idris
  • Encik Ahmad Anwar Afifi Abu Hassan
  • Puan Hasnezah Saleh

Dalam majlis yang sama, seramai empat (4) warga FBSB turut menerima Anugerah Setia Putra, iaitu pengiktirafan kepada staf yang telah menabur bakti selama 20 tahun perkhidmatan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penerima anugerah tersebut ialah:

  • Prof. Dr. Mohd. Yunus Abd. Shukor
  • Prof. Madya Dr. Nor’aini Abdul Rahman
  • Puan Nor Hayati Bakar
  • Encik Mohamad Cyrill Kamal

Pengiktirafan yang diterima ini mencerminkan komitmen tinggi warga FBSB dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta profesionalisme. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan fakulti, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga FBSB untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan fakulti, universiti dan negara. ðŸŽ‰ðŸ†

May be an image of ‎text that says "‎UPM UPM PUTRA ENOLPS 国 LMYLRETI 市も間T限AEALWコM PERTANIAN PERTANIANUNTUKRAKYAT UNTU UNTUK:RAKYA FAKULTI BIOTEKNOLOGI DANSAINSE DANISAINSBIOMOLEKUL مہ_مو_-ور සරමාසකණ සසම්වල් Tahniah KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANG 2025 Dekan, Ahli Pengurusan Ikhlasdaripada: Ikhlis arga Fakulti Bioteknologi dan Pertanian Inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti Sains Biom moleku Ickul fOOOK upm.edu.my‎"‎

May be an image of ‎text that says "‎UPM UPM PUTRA GMLES เพลดรกา 3 PUTRABALNYSMA PERTANIAN PERTANIANUNTUKRAKYAT NUNTU UNTUK:RAKYA FAKULTI DANSAINSBIOMOLEKUL موی_وولنگوری à°¹-కశ్్టోూమకవా ఖతిల Tahniah KEPADA SEMUA PENERIMA (Dianuge rah kepada ANUGERAH SETIA PUTRA egawa yang telah erkhidmat untuk 20 Tahun di UPM) Ikhıla Dekan, Ahli Pengurusan daripada: Fakulti Biomolekı Bioteknologi dan Sains Pertanian· • Inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti f回回团区 f upm.edu.my‎"‎

 

Date of Input: 19/06/2026 | Updated: 19/06/2026 | saiful

MEDIA SHARING

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
X, (01:47:18pm-01:52:18pm, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]