Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad Terima Anugerah Pingat Saintis Muda Polar | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
» NEWS » Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad Terima Anugerah Pingat Saintis Muda Polar

Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad Terima Anugerah Pingat Saintis Muda Polar

SERDANG, 19 Oktober – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad telah menerima Pingat Saintis Muda Polar dalam Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Kesepuluh Penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) semalam.
 
Pingat yang disampaikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man disaksikan oleh Sultan Terengganu dan Penaung YPASM, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Prof. Madya Dr. Siti Aqlima yang juga pensyarah di Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM berkata penganugerahan itu adalah kejayaan bagi semua saintis muda Polar negara.
 
“Penerimaan anugerah ini adalah satu pencapaian untuk diri saya dan juga UPM. Saya sangat bersyukur kerana telah menyumbang dalam penyelidikan Polar kepada universiti dan penyelidikan Polar Malaysia,”
Tambah beliau, penglibatan dalam penyelidikan polar ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada masyarakat dan negara melalui pengumpulan data-data saintifik Polar yang dapat menyumbang kepada proses pembuatan dasar.
 
“Harapan saya penyelidikan Polar di negara akan terus berkembang dan maju di peringkat global agar seluruh dunia mengetahui bahawa penyelidik Malaysia mampu bersama-sama bersaing dalam penglibatan dan penyelidikan di wilayah Polar,” katanya.
 
Selain itu, pelajar PhD FBSB, UPM, Rasidnie Razin Wong menerima Geran dan Berth Support YPASM bagi tahun 2022 bernilai RM55,000 untuk projek penyelidikan “Development of Bioreactor Design for Cold-Adapted Bioremediation of Antarctic Soils Contaminated with Diesel Hydrocarbons” hasil kerjasama Smart Partnership Inisiatif dengan lapan universiti tempatan.

Date of Input: 19/10/2022 | Updated: 19/10/2022 | m_radzi

MEDIA SHARING

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXFeCAq~