Kit Halal Kesan DNA Khinzir Dipasarkan Di UK | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
» NEWS » Kit halal kesan DNA khinzir dipasarkan di UK

Kit halal kesan DNA khinzir dipasarkan di UK

Garret Dawum 

garret@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Kit halal untuk mengesan DNA khinzir hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) mula dipasarkan di United Kingdom (UK) Januari lalu.

Produk berkenaan hasil gabungan HaFYS dan sistem PCR GeneSTAT dibangunkan pada 2009 dan dipatenkan pada 2011 serta dilesenkan secara eksklusif kepada DxNA LLC, sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat untuk pasaran luar negara.

Pengurus Pembangunan Perniagaan DxNA LLC Todd Snowden berkata, kit halal itu juga akan menembusi pasaran Timur Tengah dalam masa terdekat.

"Pencapaian ini adalah satu kebanggan kerana kit itu dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri dan bakal menjadi de facto standard untuk pengesanan DNA khinzir khusus untuk pensijilan serta pengawasan bagi produk halal.

"Sebab itu, sebagai rakan komersil dan strategik UPM, kami mahu memasarkan produk berkenaan kerana kebanyakkan negara terutama di Eropah kini mementingkan produk halal walaupun bukan negara Islam," katanya ketika ditemui di gerai pameran UPM sempena Minggu Halal Sedunia 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 3:03 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/126849#sthash.iAFDrnMp.dpuf

Prof Dr Shuhaimi Mustafa


Date of Input: | Updated: | azima_annuar

MEDIA SHARING

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdUAM~