BioCARE DAY 2018 | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
» NEWS » BioCARE DAY 2018

BioCARE DAY 2018

11 Mac 2018 - Persatuan Mahasiswa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioMIX) dengan kerjasama Pejabat Timb.Dekan (A&HEP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah mengadakan program lawatan amal ke Rumah Bakti Nur Ain iaitu rumah anak yatim yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Lawatan ke Rumah Bakti Nur Ain ini diadakan bertujuan untuk menerapkan sikap prihatin, sifat penyayang, bertanggungjawab serta nilai-nilai murni yang lain dalam diri mahasiswa. Selain itu, kemahiran-kemahiran insaniah dan cara berkomunikasi yang betul juga dapat dipupuk. Kemahiran-kemahiran sebegini amat penting dalam melahirkan mahasiswa yang berkaliber dan berwibawa serta lengkap luaran dan juga dalaman. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki ini bukan sahaja dapat dijadikan modal insan malah dapat dijadikan panduan yang berguna pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung.

Program ini juga disertai oleh beberpa orang pensyarah iaitu Dr. Nurbaya Oslan, Dr. Siti Aqlima Ahmad, Dr. Syahida Ahmad, Dr. Suriana Sabri dan Dr. Adam Leow Thean Chor

Date of Input: 12/03/2018 | Updated: 12/03/2018 | m_radzi

MEDIA SHARING

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdWA6~