🔍 Audit Pengekalan NEC 0511 (Biology) Berjalan Lancar Di FBSB | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
» NEWS » 🔍 Audit Pengekalan NEC 0511 (Biology) Berjalan Lancar di FBSB

🔍 Audit Pengekalan NEC 0511 (Biology) Berjalan Lancar di FBSB

Serdang, 4 November 2025 – Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Pengekalan bagi program Master dan PhD secara penyelidikan di bawah NEC 0511 (Biology) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama BIOTECH 1. Audit berlangsung dari jam 2.45 petang hingga 4.15 petang, diketuai oleh Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Audit ini bertujuan memastikan kualiti pelaksanaan program penyelidikan dalam bidang Biology terus mematuhi piawaian dan amalan terbaik MQA serta menilai tahap keberkesanan tadbir urus akademik dan penyeliaan pelajar siswazah.

Pelaksanaan Audit

Audit dimulakan dengan sesi temuramah bersama wakil Pengurusan dan Pejabat TDPS:

  • Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin
  • Prof. Madya Dr. Mohd Termizi Yusof
  • Pn. Yasminani Mohamad
  • Pn. Norazian Zainal

Pensyarah Kursus dan penyelia program seperti:

  • Prof. Dr. Mohd Shukuri Mohamad Ali
  • Prof. Dr. Ho Chai Ling
  • Prof. Madya Dr. Siti Nurbaya Oslan
  • Prof. Madya Dr. Normi Mohd Yahaya
  • Prof. Dr. Mohd. Yunus Abd. Shukor
  • Prof. Madya Dr. Adelene Song Ai Lian
  • Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor

Audit turut disusuli dengan lawatan ke fasiliti pengajaran dan penyelidikan, termasuk EMTech dan Biotechnology and Biomolecular Research Centre (BBRC) yang diiringi oleh Prof. Dr. Mohd Shukuri Mohamad Ali, En. Sobri Mohd Akhir, dan Pn. Nik Fauzan Nik Mohd Aman.

 

Date of Input: 05/11/2025 | Updated: 05/11/2025 | nazriah

MEDIA SHARING

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
W, (02:06:44am-02:11:44am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]