Latar Belakang | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» JABATAN » Biokimia » Latar Belakang

Latar Belakang


Jabatan Biokimia yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 mempunyai kurikulum merangkumi aspek asas dan aplikasi kursus termasuk prinsip dan konsep biokimia asas; metabolisma karbohidrat, protin, lipid dan asid nukleik; enzimologi; biologi molekul sel; biokimia pemakanan; biokimia tumbuhan;kejureteraan genetik tumbuhan; biokimia tisu haiwan dan biokimia alam sekitar.Jabatan ini menawarkan program prasiswazah Bacelor Sains (Kepujian) Biokimia. Di tahun akhir pengajian, pelajar akan diberi peluang untuk membuat penyelidikan di bawah seliaan pensyarah dipelbagai bidang dan kepakaran. Jabatan ini turut menawarkan program siswazah diperingkat Master of Science (Ms) dan PhD dalam bidang-bidang: Biokimia, Biokimia toksikologi, Enzimologi,Teknologi enzim, Biokimia produk semulajadi dan Bioremediasi.

Lulusan biokimia mempunyai peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik dalam sektor kerajaan dan swasta, pensyarah dan mempunyai peluang untuk bekerja di sektor industri seperti makanan, farmeseutikal, rawatan sisa kumbahan, alam sekitar, pertanian mahupun bioteknologi.


Kemaskini:: 01/06/2016 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566655590