Kemudahan Amalan Perkilangan Baik Bagi Penghasilan Vaksin Bakteria | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» PERKHIDMATAN » Perkhidmatan Biopemprosesan Dan Biopenghasilan » Kemudahan Amalan Perkilangan Baik bagi Penghasilan Vaksin Bakteria

Kemudahan Amalan Perkilangan Baik bagi Penghasilan Vaksin Bakteria

Kemudahan amalan perkilangan baik ini dilengkapi dengan peralatan serba lengkap, makmal dan kemudahan utiliti untuk penghasilan vaksin bakteria untuk kegunaan veterinar secara komersial. Kemudahan bioproses ini telah dibina untuk mematuhi keperluan GMP mengikut Piawaian ASEAN bagi penghasilan vaksin bakteria untuk kegunaan veterinar. Kemudahan penghasilan seluas 3,200 kaki persegi ini menawarkan perkhidmatan lengkap dari pemprosesan huluan ke operasi hiliran serta proses pembotolan. Kemudahan ini juga dilengkapi dengan sistem bioreaktor sehingga 500 liter. Penuaian sel dilakukan menggunakan sistem penapisan membran aliran tangen. Produk dalam bentuk cecair diisi dalam pelbagai saiz botol terpilih (50-250 mL). Kemudahan ini juga delngekapi dengan Makmal Mikrobiologi dan Makmal Kawalan Kualiti bagi memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian dan garis panduan yang telah ditetapkan.  



Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel :03-8945 8487

Kemaskini:: 21/08/2017 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566653115