Penglibatan Komuniti | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» JARINGAN » Komuniti » Penglibatan Komuniti

Penglibatan Komuniti



Pembelajaran Sepanjang Hayat / Kursus Jangka Pendek

Meskipun memfokuskan kepada pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan, Fakulti juga tidak melupakan tanggungjawabnya kepada masyarakat. Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Kursus Jangka Pendek menyediakan perkhidmatan rundingan dan latihan melalui pengendalian kursus-kursus dalam penyebaran kepakaran dan maklumat mutakhir yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat awam. Program ini mensasarkan golongan petani, peladang, usahawan, pegawai agensi awam dan swasta serta Persatuan NGO dari dalam dan luar negara. Kursus ini dijalankan melalui empat kaedah iaitu Kursus Berjadual di mana kursus ini telah ditetapkan tarikh perlaksanaan, tempoh, tempat, kumpulan sasaran dan bayaran. Kursus Tidak Berjadual pula merupakan kursus yang dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian khas permintaan pelanggan manakala Program Pendidikan Sepanjang Hayat Tanpa Ijazah  pula adalah program pengajian bersama pelajar sepenuh masa di Fakulti di mana  tempoh pengajian adalah satu semesta. Program Sangkutan pula adalah program yang bertujuan untuk berkongsi kepakaran, penyelidikan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman di antara fakulti dan agensi yang terlibat dan ia dilaksanakan mengikut permintaan pelanggan.


Kemaskini:: 01/06/2016 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566657425