Latar Belakang | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» JABATAN » Mikrobiologi » Latar Belakang

Latar Belakang


Kurikulum Program Bacelor Sains (Kepujian) Major Mikrobiologi disusun untuk melahirkan graduan yang mantap untuk memenuhi kehendak negara, industi dan pasaran dunia. Kursus teori dan amali yang ditawarkan merangkumi prinsip asas dan konsep mikrobiologi, bakteriologi, virologi, mikologi, teknik bioasai mikrob, genetik mikrob, ekologi mikrob, immunologi, biologi molekul, dan mikrobiologi persekitaran dan industri.Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan projek penyelidikan dibawah penyeliaan pensyarah dari pelbagai bidang pada tahun akhir pengajian dan digalakkan untuk menjalankan latihan industri.Untuk menjadi pelajar Jabatan ini, calon mesti memenuhi kelayakan minimum kemasukan Universiti iaitu lulus dalam Matrikulasi (Sains) atau Diploma Sains dengan pengalaman bekerja atau STPM dengan kepujian dalam Biologi atau Kimia atau kursus yang setara.

Pensyarah di Jabatan juga sangat komited melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuklah : mikrobiologi gunaan, mikrobiologi penghadaman, teknologi enzim, nanobioteknologi, mikologi industri, biologi molekul dan virologi. Pelajar prasiswazah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ms dan PhD berpeluang melibatkan diri dalam bidang penyelidikan.


Kemaskini:: 31/05/2016 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566657510