Latar Belakang | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» AKADEMIK » Latihan Industri » Latar Belakang

Latar Belakang

li_bm


Kursus Latihan Industri 4901 adalah salah satu syarat wajib untuk bergraduat. Dijalankan pada akhir semester 6 (pelajar tahun 3) iaitu pada bulan Jun hingga Ogos (bergantung kepada jadual akademik Universiti)Tempoh bagi latihan industri adalah selama 12 minggu. Pelajar diberi peluang untuk membuat latihan industri di agensi kerajaan atau beberapa syarikat atau kilang industri yang terpilih. Latihan dikendalikan oleh penyelaras bersama seorang penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat atau kilang tersebut.

Kod Kursus Latihan Industri

  • BCH4901( Prasyarat BCH3202)
  • BTC4901 (Tiada Prasyarat)
  • BSM4901( Prasyarat BSM3202)
  • BMY4901(Tiada Prasyarat)

Hasil Pembelajaran
  • Menghubungkaitkan pengalaman semasa ditempat kerja dengan ilmu yang telah dipelajari semasa di universiti;
  • Mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja dibawah penyeliaan;
  • Menambahbaik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan;
  • Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian kelak

 


Klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai panduan Latihan Industri.

Maklumat lanjut sila hubungi :-

Profesor. Dr. Mohd Ali Hassan
Ketua Unit
Jaringan Industri dan Masyarakat

atau

Puan Norliza Md Nor
Urusetia Latihan Industri

  
   

Alamat

Unit Jaringan Industri dan Masyarakat
Pejabat Timbalan Dekan
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Telefon:+603-89466701

Faksimili:+603-89467590

Email: itraining_biotech@upm.edu.my


Kemaskini:: 18/03/2016 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566656694