Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad Memenangi Tempat Pertama Dalam Anugerah Pemikiran Dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS2017) Bagi Kategori “Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad memenangi tempat pertama dalam Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS2017) bagi kategori “Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad memenangi tempat pertama dalam Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS2017) bagi kategori “Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya

Perubahan dinamik selepas Revolusi Industri ke-4 telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menilai semula bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia kerana terdapat keperluan untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih aktif, imersif dan lebih bermakna bagi menarik minat Generasi Z untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka di dalam dan di luar waktu persekolahan. Oleh itu, selaras dengan Pelan Pembangunan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mewujudkan APRS2017 untuk mengenalpasti, mengiktiraf dan sebagai satu platform untuk para pengajar berkongsi praktik dan inisiatif terbaik dalam menaiktaraf semula pendidikan tinggi Malaysia di peringkat individu atau institusi.

Pada 20 November 2017 yang lalu, Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia 2017 (APRS2017) bagi kategori “Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya”.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Tahniah buat Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad!

 

Disediakan oleh:


Dr Amalia Mohd Hashim

Jabatan Mikrobiologi

Tarikh Input: 10/01/2018 | Kemaskini: 11/01/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEbHA0~