Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak Terima Anugerah L’Oreal-UNESCO For Women In Science | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak Terima Anugerah L’Oreal-UNESCO For Women in Science

Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak Terima Anugerah L’Oreal-UNESCO For Women in Science

KUALA LUMPUR, 30 November – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr Mariatulqabtiah Abdul Razak telah menerima anugerah berprestij L’Oreal-UNESCO For Women in Science 2022 (Program Malaysia) yang diadakah secara bersemuka buat pertama kalinya semenjak pandemik di Parkroyal Collection.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Tomas Hruska, Direktor Pengurusan bagi L’Oreal Malaysia dan Singapura. “Sebagai sebuah syarikat berasaskan sains, L'Oréal percaya bahawa terdapat terdapat potensi yang amat besar untuk para gadis dan wanita terlibat dalam STEM, dan kami ingin memupuk impian mereka dengan menyokong mereka sebaik mungkin”.

Setiap tahun, Fondation L’Oreal dan UNESCO meraikan kecemerlangan saintifik bagi penyelidik wanita daripada pelbagai negara. Semenjak program For Women in Science dimulakan pada tahun 1998, seramai 122 Laureates dan lebih 3,900 saintis berbakat, pelajar PhD dan felo pasca-doktor telah disokong dan diiktiraf di lebih 110 negara merangkumi 5 benua. Anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Award (Program Malaysia) pula telah dilancarkan pada tahun 2016 dan telah mengiktiraf lebih daripada 57 saintis wanita dengan nilai sumbangan berupa geran penyelidikan bernilai melebihi RM 1.5 juta.

Projek penyelidikan Dr. Maria tentang virus mpox telah menarik perhatian panel juri yang diketuai oleh Professor Emerita Datuk Dr Asma Ismail, Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM) atas faktor kepentingan dan sumbangannya kepada sains. Turut memenangi anugerah tersebut adalah Pembantu Professor Dr Alison Wee Kim Shan daripada Universiti Nottingham Malaysia dan Pembantu Professor Dr Nadiah Abu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Masing-masing menerima geran penyelidikan pemula sebanyak RM30,000.

Tarikh Input: 30/12/2022 | Kemaskini: 30/12/2022 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397691047
0397697590
BWCCGA1:06:13