UPM: Sorotan 2015 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » UPM: Sorotan 2015

UPM: Sorotan 2015


ANUGERAH LUAR NEGARA
 







 1







WEBOMETRICS RANKING


UPM menduduki tempat pertama di Malaysia dalam 'Ranking Web of Universities' (Webometrics Ranking), iaitu ranking laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPT) edisi Januari 2015. UPM berada pada tempat kedua dalam ranking itu bagi IPT dalam negara pada edisi Julai 2014, dan ini merupakan kali kedua UPM berjaya mendapat tempat pertama selepas pada Januari 2012. Pada peringkat Asia, UPM telah menduduki tangga ke-76 dan sekali gus memperbaiki kedudukan 21 anak tangga daripada tempat ke-97 sebelum ini pada edisi Julai 2014.

UPM telah melonjakkan kedudukan dalam kalangan universiti dunia apabila berada di tangga ke-420, meningkat 90 anak tangga daripada tempat ke-510 sebelum ini dan berjaya melepasi kedudukan ke-1,000 terbaik dunia bermula 2009 hingga kini.




 2




QS WORLD UNIVERSITY RANKING BY SUBJECTS


UPM berjaya mengekalkan prestasi 100 universiti terbaik dunia dalam bidang Pertanian dan Perhutanan dalam QS World University Ranking by Subjects selama tiga tahun berturut-turut. Manakala bidang Perakaunan dan Kewangan, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Mekanikal, dan Kejuruteraan Kimia berada pada kedudukan 150 terbaik dunia. Selain itu, bidang Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris, Kejuruteraan Awam dan Struktural, Sains Alam Sekitar, Sains Bahan, Perniagaan dan Pengurusan, Pendidikan, Ekonomi dan Ekonometrics, Sains Komputer dan Maklumat, berada pada kedudukan 200 terbaik dunia.



3


IEEE CAS (M) DOCTORAL DISSERTATION AWARD


Pelajar PhD Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr. Wameedh Nazar Flayyh telah dipilih oleh IEEE Society -Circuits and Systems Malaysia Chapter sebagai pemenang IEEE CAS (M) Doctoral Dissertation Award 2014.





 4





MEMANAH PIALA DUNIA


Saritha Cham Nong, pelajar tahun 3, Bacelor Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), melakar sejarah apabila muncul bersama dua rakan sepasukan atlet memanah wanita negara dengan menjuarai acara compound Peringkat Pertama Piala Dunia 2015 di Shanghai, China.

Trio negara beliau bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Nor Rizah Ishak berjaya menewaskan pasukan nombor satu dunia, Amerika Syarikat yang diwakili oleh Crystal Gauvin, Angela Bradley dan Lexi Keller 220-219 mata dalam saingan perlawanan akhir.




 5




RAKYAT MALAYSIA PERTAMA ANGGOTAI OIE


Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM, dipilih untuk menganggotai Suruhanjaya Standard Kesihatan Haiwan Akuatik, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) bagi tempoh enam tahun. Pemilihan tersebut dibuat semasa Persidangan Agung Tahunan OIE yang berlangsung pada 24 hingga 29 Mei 2015 dan Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din merupakan rakyat Malaysia yang pertama menganggotai jawatankuasa berkenaan bersama lima wakil, setiap seorang dari Australia, Kanada, Chile, United Kingdom dan Zimbabwe.



 6


QS ASIA UNIVERSITY RANKING


UPM berjaya memperbaiki kedudukan 10 anak tangga pada 2015 apabila berjaya melonjak kedudukan ke-66 berbanding dengan tangga ke-76 pada tahun 2014 dalam penilaian universiti terbaik di Asia oleh agensi penarafan QS Asia University Ranking.





 7




ANUGERAH BEREND HOUWEN TRAVEL AWARD


Angeli  a/p Ambayya @ Ampiah, pelajar Master in Science (Haematology), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM,  telah mengharumkan nama UPM apabila memenangi anugerah Berend Houwen Travel Award 2015. Anugerah berprestij itu disampaikan ketika Simposium Antarabangsa mengenai Inovasi Teknologi dalam Hematologi Makmal ke-28 (28th International Symposium on Technological Innovations in Laboratory Haematology) sempena persidangan tahunan International Society of Laboratory Haematology (ISLH) di Chicago, Amerika Syarikat pada 19 hingga 21 Mei 2015.




 8




FELO PERSATUAN JURUTERA AUTOMOTIF (SAE) ANTARABANGSA


Professor Ir Dr Mohd Sapuan Salit, Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM, mencipta sejarah menjadi jurutera pertama dari negara ini dipilih sebagai Felo Persatuan Jurutera Automotif (SAE) Antarabangsa. SAE International adalah persatuan antarabangsa yang dianggotai lebih 138,000 jurutera dan pakar teknikal berkaitan industri aeroangkasa, automotif dan kenderaan perdagangan. Anugerah berprestij itu adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada beliau yang memberi sumbangan dengan impak yang signifikan terhadap teknologi mobiliti masyarakat melalui kepemimpinan, penyelidikan dan inovasi.


PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU


Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Waleed Basil Mohammed Ali dari Iraq, berjaya menyandang naib juara dalam Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia.

 


10



ACADEMIC RANKING OF WORLD UNIVERSITIES- SUBJECT 2015


UPM berjaya berada dalam ranking 200 terbaik dunia untuk subjek Matematik melalui penarafan Academic Ranking of World Universities (ARWU) - Subject 2015 yang diumumkan oleh Center for World-Class Universities at Shanghai Jiao Tong University pada 15 Ogos 2015. ARWU – Subject dinilai berdasarkan indikator alumni dan staf yang memenangi Nobel Prizes, Fields Medals and Turing Awards, Highly Cited Researchers, papers indexed in Science Citation Index-Expanded (SCIE), Social Science Citation Index (SSCI) dan the percentage of papers published in the top 20% journals.

 


11


WORLD INVENTOR AWARD (WIA) : 'ORDER OF MERIT: BEST INVENTION FOR CHILDREN'


Dr Mohamad Fazli daripada Fakulti Ekologi Manusia UPM telah memenangi 'Order of Merit : Best Invention for Children’ dalam World Inventor Award (WIA), melalui inovasi ‘Smart Money Kit: Bright Kid Smart Money’. Ini adalah kali pertama UPM memenangi 'Order of Merit' dalam WIA dan sekali gus kejayaan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada penyelidik UPM pada peringkat antarabangsa. 


12 


LINDAU NOBEL LAUREATES KE-65


Dr. Amirah Abdul Latif dan Dr. Haslina Ahmad daripada Fakulti Sains, UPM, telah dipilih sebagai Saintis Muda Negara oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk mewakili negara ke Lindau Nobel Laureates ke-65 di Jerman.

 

13


PROGRAM MUSIM PANAS PENYELIDIKAN NUKLEAR EROPAH (CERN)


Pelajar Bacelor Sains (Kepujian) Major Fizik, Fakulti Sains UPM, Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusuf antara yang dipilih untuk mengikuti Program Musim Panas Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneva, Switzerland.





14 




SEARCA REGIONAL PROFESSORIAL CHAIR


Profesor  Ir Dr Mohd Sapuan Salit, Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), UPM,  dipilih sebagai penerima geran SEARCA Regional Professorial Chair untuk tempoh 2015/2016. Pemilihan beliau adalah berdasarkan kejayaan serta sumbangan terhadap pertanian mapan dan pembangunan luar bandar di rantau Asia Tenggara. Beliau adalah ahli akademik tunggal dari Malaysia dalam kalangan enam orang penerima anugerah berkenaan dan lima yang lain adalah ahli akademik yang kesemuanya dari Filipina.






15 





AUSTRALIA - APEC WOMEN IN RESEARCH FELLOWSHIP


Dr Zetty Norhana Balia Yusof, pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM telah terpilih untuk mengikuti Australia - APEC Women in Research Fellowship. Beliau akan menjalankan penyelidikan bertajuk “Screening, identification and isolation of bioactive compounds exhibiting antioxidant and antibacterial activities from selected endemic marine microalgae and macroalgae.”

Australia - APEC Women in Research Fellowship menyediakan bantuan kewangan kepada penyelidik dalam kalangan wanita yang mencapai kejayaan cemerlang dari negara ekonomi membangun APEC untuk mengambil peluang meneruskan penyelidikan dengan kerjasama institusi penyelidikan dan pendidikan Australia.

 



16



BEST GLOBAL UNIVERSITIES FOR AGRICULTURAL SCIENCES


Best Global Universites Ranking for Agricultural Sciences yang diterbitkan oleh US News & World Report telah menyenaraikan UPM berada pada ranking ke-45 terbaik di dunia berbanding kedudukan ke-54 pada tahun 2014. Skor ranking subjek Sains Pertanian UPM meningkat sebanyak 3.7 daripada skor 68 pada 2014 kepada 71.7 pada 2015. Peningkatan skor tersebut telah menempatkan subjek Sains Pertanian UPM pada ranking teratas di Asia Tenggara dan ke-7 di Asia.

 


17



QS WORLD UNIVERSITY RANKING


UPM menunjukkan prestasi yang amat membanggakan apabila berjaya membuat lonjakan kedudukan sebanyak 45 anak tangga dalam QS World University Ranking 2015/2016. UPM mencatatkan kenaikan prestasi tertinggi antara universiti penyelidikan di Malaysia dengan memperbaiki kedudukannya  dalam ranking dunia pada kedudukan ke- 331 pada 2015 berbanding ke-376 pada tahun 2014. Kejayaan tersebut disokong oleh peningkatan skor untuk empat indikator utama, iaitu Faculty Student Ratio, Citations per Faculty, International Faculty dan International Students.




 18




QS TOP 50 UNDER 50


UPM menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila buat pertama kalinya disenaraikan pada kedudukan ke-38 dalam “QS  Top 50 under 50” yang diumumkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) 2015/16. Penilaian universiti dalam QS Top 50 under 50 adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama dalam QS World University Rankings (WUR) 2015 iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Ranking tersebut adalah untuk universiti yang ditubuhkan selepas tahun 1965.


ANUGERAH DALAM NEGARA
 






 19





ANUGERAH PINGAT TUNKU, YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN


Ana Masara Ahmad Mokhtar, graduan UPM dari program Bacelor Sains Bioperubatan telah dianugerahkan Pingat Emas, oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman dalam majlis Anugerah Pingat Tunku 2014. Anugerah tersebut diperkenalkan pada 1979 dan ditawarkan kepada graduan cemerlang pada peringkat ijazah sarjana muda dengan Kepujian Kelas Pertama dari IPTA/S tempatan yang terpilih dan aktif dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Selain itu, pemenang Pingat Gangsa Anugerah Pingat Tunku 2014 turut dimenangi oleh graduan UPM, iaitu M. Sugentiran dari Bacelor Kejuruteraan Perisian. Ana Masara Ahmad Mokhtar dan M. Sugentiran merupakan pemenang hadiah Pingat Emas Pelajaran Diraja Bumiputra dan Bukan Bumiputra, pada Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-38 yang berlangsung pada 1-4 November 2014.







20






ANUGERAH SUKAN MASUM


Tiga pelajar UPM meraih tiga anugerah utama Majlis Sukan Universiti Malaysia 2014. Pelajar tersebut ialah Zulhijjah Azan, atlet skuasy yang telah dianugerahkan Olahragawati MASUM 2014, Jasmi Mohamad Zin, atlet menembak meraih Anugerah Bintang Harapan Lelaki MASUM 2014 dan M Yokananthini, atlet karate-do menerima Anugerah Bintang Harapan Wanita MASUM 2014.

Anugerah lain yang dimenangi oleh atlet UPM ialah seperti berikut:

Saritha a/p Cham Nong (Memanah): Atlet Terbaik Wanita MASUM 2014
Zulkiflee Azmi (Ragbi): Atlet Terbaik Lelaki MASUM 2014.

 



21





ANUGERAH TOKOH SISWA


Dua pelajar UPM dipilih sebagai penerima Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik dan Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik dalam majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014. Pelajar tersebut ialah Muhammad Hanif Ramlan, Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Ke-13,  berjaya merangkul Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik, manakala Ling Tian Wong pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama), Fakulti Pendidikan untuk kategori Anugerah Sukarelawan Pembangunan Belia Terbaik. Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini.




22 




PEMEGANG KURSI TUN ABDUL RAZAK


Prof. Dr. Jayum Jawan, iaitu Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah) Fakulti Ekologi Manusia dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pemegang Kursi Tun Abdul Razak ke-15 di Ohio University, Amerika Syarikat, berkuatkuasa 1 Julai 2015. Perlantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada pegawai akademik UPM khususnya dalam bidang sains politik dan sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia.

 

23



ANUGERAH MAULIDUR
RASUL


Prof. Madya. Dr. Hafidzi Mohd. Noor dari Fakulti Pertanian dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015 sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Januari 2015.

 

24



LIGA BOLA JARING IPT


Pasukan Bola Jaring UPM dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Liga Bola Jaring IPT 2015 yang telah diadakan pada 1 hingga 5 April 2015 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. UPM dinobatkan sebagai pasukan terbaik dalam kalangan 12 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.




25 




MALAYSIA TEKNOLOGI EXPO (MTE)


Penyelidik UPM berjaya membawa pulang  tiga pingat emas dan satu anugerah khas dalam pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2015 pada  12-14 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Penyelidik UPM turut memenangi empat pingat perak dan sembilan gangsa dalam MTE yang mempertandingkan 16 inovasi pelbagai kategori selain UPM memenangi tempat kedua bagi Best Booth Design Shell Scheme Category.




 26


KEJOHANAN FUTSAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, SIRKIT ZON UTARA, PIALA MENTERI PENDIDIKAN


Pasukan UPM berjaya mengharumkan nama universiti apabila berjaya menjadi juara kategori wanita dalam Kejohanan Futsal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sirkit Utara, Piala Menteri Pendidikan 2015. Kejohanan tersebut berlangsung di UUM melibatkan penyertaan 24 pasukan lelaki dan wanita merupakan pendedahan terbaik bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam arena sukan futsal.



 27


PERTANDINGAN TARIAN NEGERI-NEGERI SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK
 


UPM meraih Naib Juara Pertandingan Tarian Negeri-Negeri Semenanjung dan Sabah Sarawak peringkat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).



 28



KEJOHANAN RAGBI 7’s JEMPUTAN MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)


Pasukan Ragbi UPM A dan UPM B menjadi juara dan naib juara Kategori Cup, Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Pada 2014, UPM menjadi juara kejohanan yang sama dan berjaya mempertahankan kejuaraan pada 2015 apabila kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri di Final Cup Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan setelah berjaya menyingkirkan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir cup.



 29



KEJOHANAN SUKAN PANTAI MASUM


Pasukan Sepak Takraw dan Pasukan Larian Pantai, UPM, berjaya meraih pingat emas apabila menjuarai kedua-dua acara tersebut dalam Kejohanan Sukan Pantai MASUM 2015. UPM juga berjaya membawa pulang pingat perak menerusi kontingen Bola Tampar Pantai Lelaki dalam kejohanan berkenaan.




 30



KEJOHANAN SUKAN RAKET MASUM


UPM berjaya meraih 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Sukan Raket MASUM 2015. Pungutan pingat tersebut disumbangkan oleh Pasukan Tenis (2 emas dan 1 perak), Pasukan Skuasy (2 emas dan 1 perak), Ping Pong (1 gangsa) dan Badminton (1 perak dan 1 gangsa).



 31


KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UPM KALI KE-9


UPM dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan, Kejohanan Memanah Terbuka Kali Ke-9, apabila berjaya mencatatkan 4 emas, 7 perak dan 2 gangsa.

 


32




ANUGERAH PENILAIAN TERTINGGI SMP DI MALAYSIA


Stesen Minyak Petronas ( SMP ) Koperasi UPM Berhad mendapat penilaian paling tinggi (kedudukan pertama) daripada 1014 SMP yang ada di Malaysia dalam satu kajian dan penilaian yang dijalankan oleh Petronas Dagangan Berhad ( PDB ) pada bulan Disember 2014. Kajian dan penilaian adalah berdasarkan laporan dan maklum balas penilaian "Mystery Shopper - Customer Service & Operational Excellence" berkaitan dengan Operational Housekeeping meliputi Forecourt Surrounds & Facilities, Forecourt Services, Convenience Store, Toilet Facilities dan kemudahan Surau.





33 




AKREDITASI MS ISO/IEC 17025:2005


Fakulti Kejuruteraan UPM telah berjaya mendapat status Akreditasi MS ISO/IEC
17025:2005 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi tempoh 3 tahun bermula dari 19 Mei 2015 hingga 19 Mei 2018. Akreditasi yang diperolehi daripada Jabatan Standard Malaysia ini melibatkan 2 buah makmal, iaitu Makmal Pencirian Bahan (bidang kimia) dan Makmal Kekuatan Bahan (bidang mekanikal).

 
34


KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA


Pasukan Catur UPM telah berjaya merangkul 4 pingat, iaitu 1 pingat emas dan 3 pingat perak dalam acara Catur Berpasukan dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2015.




 35



ANUGERAH TECH PLAN GRAND PRIX MALAYSIA


Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, iaitu Dr. Khoo Hock Eng, Profesor Madya Dr. Azrina Azlan dan Prof Amin Ismail yang telah menghasilkan pelan perniagaan berkaitan “Production of Supercritical Carbon Dioxide Extracted C-Heart Oil” dipilih sebagai  juara pada Tech Plan Grand Prix yang julung-julung kali dianjurkan di Malaysia. Mereka akan mewakili negara ke Agri Science Grand Prix yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada 3 Oktober 2015.




 36




ANUGERAH TOKOH SUKAN MAHASISWA


Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan dipilh sebagai penerima anugerah Tokoh Sukan MASISWA (Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia) 2014. Pemilihan Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi untuk anugerah tersebut adalah atas sumbangan beliau terhadap pembangunan dan kemajuan sukan di IPTS terutamanya ketika beliau berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi.

 












37














BIOINNOVATION AWARDS

Lima penyelidik UPM berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan satu Anugerah Khas pada majlis BioInnovation Awards, sempena Pameran Inovasi Pharma + Bio Asia 2015 yang dianjurkan oleh Malaysian Association of Research Scientist (MARS)  dan Professional Trade Exhibition and Meeting Planners (PROTEMP). Lima penyelidik tersebut ialah:

-          Prof. Madya Dr. Nazlina Shaari dari Jabatan Rekabentuk Industri, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, melalui inovasi “Utilizing Sago Waste as a Natural Ecopaste in Textile Prints” yang berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas“Biotechnology Innovation of the Year”

-          Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman dari Pusat Penyelidikan Teknologi Enzim dan Mikrob, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, memenangi pingat emas dengan inovasi “Thermostable Organic Solvent-tolerant Protease”

-          Prof. Madya Dr. Md. Sabri Mohd Yusoff dari Fakulti Perubatan Veterinar meraih pingat emas melalui inovasi “Feed-based Recombinant Vaccine”.

-          Dr. Fakhrul Zaman Rokhani dari Institut Penyelidikan Produk Halal memenangi pingat perak dengan inovasi “Lard Detection based on Impedance spectroscopy”, dan

-          Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan meraih dua pingat perak melalui produk "Drupe Dehusker” dan “Sesame Cracker Machine”.










38 









ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA


Prof. Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, Nurhayatul Nira Ramli dan Rozita Wahab dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM memenangi Anugerah Emas bagi kategori Hak Cipta pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara, sempena Hari Harta Intelek Negara 2015. Ia adalah anugerah emas pertama yang dimenangi UPM bagi kategori berkenaan pada Anugerah Harta Intelek Negara yang mula diperkenalkan pada 2006.

Kejayaan anugerah emas tersebut adalah melalui hasil rekacipta 'Profesor Bijak Wang', iaitu inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah. ‘Profesor Bijak Wang’ adalah satu daripada item dalam Kit Bijak Wang yang mengandungi 10 permainan interaktif yang menyeronokkan. Aktiviti permainan disusun secara berperingkat dari tahap mudah ke sukar supaya kanak-kanak dapat menguasai topik dengan baik mengikut kemampuan dan kemahiran. Ia adalah permainan board game yang merupakan produk keluaran tempatan berkaitan penyelidikan kewangan yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak berkaitan pengurusan kewangan dari peringkat awal usia.

 






39








MALAYSIA’S RISING STAR AWARD


Dua (2) penyelidik UPM, iaitu Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah dari Jabatan Kejuruteraan Kimia & Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan dan Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdullah dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains adalah antara empat belas penyelidik elit Malaysia yang dipilih untuk menerima Malaysia’s Rising Star Award.

Penganugerahan sebagai penyelidik elit Malaysia merupakan satu pengiktirafan tertinggi dalam sistem pendidikan negara kerana menghasilkan artikel paling kerap digunakan sebagai rujukan oleh penyelidik seluruh dunia. Artikel mereka diekstrak daripada Petunjuk Sains Perlu (ESI – Essential Science Indicators) bagi tempoh 2005 hingga 2014 oleh agensi pengindeksan antarabangsa, Thomson Reuters yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Pengiktirafan itu adalah hasil daripada usaha Thomson Reuters, Pusat Sitasi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meningkatkan status penyelidikan negara dan seterusnya mengiktiraf mereka bukan sahaja pada peringkat negara malah antarabangsa.

 







40









ANUGERAH PROJEK KOMUNITI HEWM


UPM mengungguli tempat pertama dalam dua kategori projek komuniti berimpak tinggi pada majlis Anugerah Penghargaan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) 2015 sempena Program Higher Education Week Malaysia (HEWM 2015).  Dua kategori anugerah penghargaan tersebut iaitu:

Kategori Pembangunan Alam Sekitar yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, Pengarah UCTC UPM, melalui projek Introducing Sustainable and Innovative Propagation Technique for High Quality and Authenticated Kacip Fatimah Plant Materials atas sumbangan beliau menghasilkan varieti sahih Kacip Fatimah menggunakan keratan daun dan teknik pembiakan benih sebanyak sembilan hingga 15 kali ganda secara konsisten di samping memulihara alam sekitar dan biodiversiti negara.

Anugerah Rakan UCTC Cemerlang bagi kategori Persatuan Pelajar dimenangi oleh Fakulti Pertanian UPM melalui Projek Tren Mersing Program Duta Jauhar yang membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat nelayan melalui strategi inovatif yang menghasilkan produk pertanian dan pelancongan dengan memperkenalkan teknik tanaman tanpa tanah dan bahan terbuang sekali gus membantu mereka mengurangkan kos sara hidup dengan hasil yang diperolehi.

 




41






ANUGERAH MIT GSL MALAYSIA


Pelajar Bacelor Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM yang terdiri daripada Anas Hasbullah, Daeng Bukhari, Abdul Ammar Rusydi dan Mohd Sharafat Shah telah memenangi dua anugerah ‘MIT Global Startup Lab’  (MIT GSL Malaysia) 2015. Anugerah tersebut ialah  ‘Audience Choice Award’ dan ‘Best Project Award’ melalui projek inovasi ‘Queue Management System’, iaitu ‘Qtime’ yang diubah menjadi satu sistem berasaskan web dan aplikasi mobile. “Qtime” adalah aplikasi mobile yang memberikan fungsi pengurusan sistem menunggu (QMS) dan sistem ini akan memberi anggaran masa menunggu bagi pelanggan bermula dari masa mereka mengambil tiket sehingga masa dipanggil ke kaunter, pelanggan akan mendapat pesanan ke telefon pintar mereka apabila giliran mereka semakin hampir dan sekali gus mengurangkan masa menunggu pelanggan.




42 




STATUS CREAM SKIM GALAKAN PENERBITAN


Dua jurnal UPM, iaitu Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), dan International Food Research Journal (IFRJ) telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai penerima status CREAM di bawah Skim Galakan Penerbitan 2015. Dua jurnal UPM tersebut menunjukkan prestasi membanggakan dalam pangkalan data antarabangsa untuk jurnal indeks kategori Scopus, iaitu masing-masing dalam bidang  ‘Arts, Social Sciences & Humanities’ dan ‘Science, Technology & Medicine.’






 43



INTERGOVERNMENTAL SCIENCE-POLICY PLATFORM ON BIODIVERSITY AND ECOSYSTEM SERVICES (IPBES)


Pensyarah Fakulti Perhutanan, UPM, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim telah dilantik sebagai Coordinating Lead Author (CLA) for Assessments on Biodiversity and Ecosystem Services for Asia and the Pacific Region oleh Intergovernmental Science-Policy Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES), yang beribu pejabat di Bonn, Jerman. IPBES adalah badan antara kerajaan yang bebas, yang diwujudkan pada 21 April 2012 oleh 94 buah kerajaan bagi memperkukuhkan dasar-sains ‘interface’ bagi kepelbagaian bio dan perkhidmatan ekosistem bagi pemuliharaan dan penggunaan kepelbagaian bio, kesejahteraan jangka panjang manusia serta pembangunan mapan. Perlantikan Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim sebagai anggota IPBES adalah suatu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran staf akademik UPM.




 44


L’OREAL-UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE NATIONAL FELLOWSHIP AWARD


Dr. Normi Mohd Yahaya, Pensyarah Kanan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM telah dipilih sebagai pemenang L’Oreal-UNESCO For Women in Science National Fellowship Award 2015 sempena sambutan L’Oreal Malaysia yang ke – 10. Dr. Normi dinobatkan sebagai pemenang atas usaha beliau menjalankan penyelidikan mengenai mengatasi kerintangan antimikrob dengan menghasilkan peptida baharu sebagai agen untuk melawan patogen di kalangan bakteria yang kini semakin meningkat di seluruh dunia.




45 



KEJOHANAN RAGBI SUPER 8 IPT


Pasukan Ragbi UPM, iaitu Serdang Angels berjaya mempertahankan kejuaraan apabila muncul juara Kejohanan Ragbi Super 8 Institusi Pengajian Tinggi 2015. Pada perlawanan akhir, UPM menumpaskan MPS Hornet 53-0 dan UPM juga berjaya merangkul anugerah pemain terbaik perlawanan melalui Mohd Syarif Saiful Aazwan Sudin.




46 





PENARAFAN BINTANG MYRA


UPM telah berjaya mencapai penarafan 6 Bintang, iaitu tahap tertinggi dalam Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi pencapaian tahun 2014 dan sekali gus mengekalkan prestasi cemerlang UPM dalam pembangunan penyelidikan sebagaimana diraih pada 2011. MyRA ataupun Malaysia Research Assessment merupakan satu instrumen bagi mengukur aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (RDC&I) di Institusi Pengajian Tinggi tempatan, dan penarafan ini tidak bertujuan untuk memberi kedudukan (ranking) tertentu antara institusi yang dinilai.







47 







ANUGERAH MERDEKA


Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, menjadi kebanggaan UPM apabila beliau dinobatkan sebagai salah seorang daripada enam individu cemerlang negara yang menerima Anugerah Merdeka 2015. Kejayaan beliau adalah kejayaan cemerlang UPM kerana buat pertama kalinya ahli akademik UPM diberi pengiktirafan melalui anugerah berprestij tersebut. Beliau menerima anugerah itu atas sumbangan cemerlangnya dalam bidang mikrobiologi dan virologi serta diagnosis virus berjangkit yang boleh membawa maut dalam ternakan unggas dan penyelidikan tentang potensi virus memerangi sel kanser. Anugerah Merdeka disampaikan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan dan merangkap Penaung Diraja bagi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Trust dan anugerah ini diasaskan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell.






48 






SOFTWARE & SAS BDA HACKATHON


Inovasi yang dihasilkan oleh Pelajar Bacelor Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM berjaya merangkul hadiah utama, hadiah kedua dan hadiah ketiga bagi kategori software dalam program ‘Software & SAS BDA Hackathon 2015’ yang dianjurkan oleh TalentCorp Malaysia, Multimedia Development Corporation (MDeC), Dream Catcher dan SAS Malaysia. Projek hadiah utama yang bertajuk ‘RemLock’ adalah inovasi bagi sistem pintu rumah tanpa kunci yang diubah menjadi kunci pintu pintar yang boleh mengenalpasti penghuni rumah melalui ‘IMEI’ dan alamat ‘Media Access Control’ (MAC) telefon pintar. Projek hadiah kedua adalah inovasi bagi ‘Queue Management System’ bertajuk ‘Qtime’ manakala project hadiah ketiga adalah penambahan unsur gamifikasi dalam pengurusan bas yang bernama “Bus Pursuit”.




 49



ANUGERAH PENGHARGAAN AKADEMIK BAHASA MELAYU


Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani, pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, dipilih sebagai penerima Anugerah Penghargaan Akademik Bahasa Melayu 2015 sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2015. Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu adalah pengiktirafan yang diberikan kepada golongan akademik sebagai penghargaan kecemerlangan dan sumbangan individu dalam memartabatkan bahasa Melayu.


 50


ANUGERAH INDUSTRI AGRO PELANCONGAN


UPM menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Industri Agro Pelancongan  sempena Pameran Agro Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MIATE) 2015.




51 




LEADERSHIP ENERGY AWARD


Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, dipilih sebagai salah seorang daripada empat penerima anugerah ICLIF Leadership and Governance Centre’s Leadership Energy Award 2015. ICLIF, berasaskan pusat antarabangsa di Asia, ditubuhkan dan dibiayai oleh Bank Negara Malaysia yang menyediakan pembangunan eksekutif dan memberi khidmat nasihat di Malaysia serta global yang merentasi pelbagai sektor kerajaan dan industri.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdNAj~