BIOTECH POSTGRADUATE (PG) VIRTUAL PROMOTION 2026: Empowering Future Scientists, Innovators, And Bioentrepreneurs | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » BIOTECH POSTGRADUATE (PG) VIRTUAL PROMOTION 2026: Empowering Future Scientists, Innovators, and Bioentrepreneurs

BIOTECH POSTGRADUATE (PG) VIRTUAL PROMOTION 2026: Empowering Future Scientists, Innovators, and Bioentrepreneurs

27 Jun 2026 | Zoom

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Biotech Postgraduate (PG) Virtual Promotion 2026 bagi mempromosikan peluang melanjutkan pengajian siswazah kepada bakal pelajar, khususnya dari Indonesia. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama PT Nizwa Pratama dan NP Education (Malaysian Universities & Institutions Representative in Indonesia).

Program yang disertai oleh 42 orang peserta ini dimulakan dengan perkongsian oleh Encik Andi Ansharullah daripada NP Education mengenai peluang melanjutkan pengajian siswazah di Malaysia. Seterusnya, YBhg. Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), memperkenalkan kelebihan serta peluang pengajian siswazah di FBSB. Perkongsian diteruskan oleh Dr. Sharifah Alawieyah Syed Mortadza yang mengetengahkan kecemerlangan penyelidikan di fakulti, diikuti oleh Dr. Mohd Shamzi Mohamed yang memperkenalkan peluang keusahawanan dalam bidang bioteknologi menerusi Program Master Bioteknologi dengan Biokeusahawanan (Master of Biotechnology with Bioentrepreneurship). Program diakhiri dengan sesi perkongsian oleh Saudara Afdal Naufal, pelajar Tahun 3 Program Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) Bioteknologi, yang berkongsi pengalaman dan perspektif beliau sebagai pelajar Indonesia di UPM.

Program ini merupakan salah satu inisiatif FBSB untuk menarik minat bakal pelajar antarabangsa serta mengukuhkan kerjasama strategik antara FBSB, UPM, PT Nizwa Pratama dan NP Education dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pengajian siswazah dalam bidang bioteknologi.

Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | nazriah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
X, (02:44:58am-02:49:58am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]