UPM Cipta Ubat Cuci Luka Diabetes Daripada Peria Katak | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » UPM cipta ubat cuci luka diabetes daripada peria katak

UPM cipta ubat cuci luka diabetes daripada peria katak

KUALA LUMPUR 29 Mei - Universiti penyelidikan terkemuka, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta satu produk baharu untuk mencuci luka diabetes iaitu Medicated Wound Dressing.

Ketua penyelidiknya, Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad berkata, produk tersebut dihasilkan daripada peria katak yang telah disentesis dan bakteria daripada kulit buah belimbing yang telah rosak.
 
"Penyelidikan sejak tahun 2016 itu menggunakan kaedah hijau terhadap produk penyembuhan luka yang mempunyai kandungan daripada partikel perak bersaiz nano daripada peria katak dan nanoselulosa bakteria baik buah belimbing yang rosak.

"Inovasi yang dicipta itu adalah melihat daripada kira-kira tiga juta rakyat di negara ini yang menghidap penyakit kencing manis dan merupakan kadar pesakit yang tertinggi di Asia," katanya dalam sidang akhbar di Putra Science Centre UPM dekat sini hari ini.

Hasil penyelidikan itu telah mendapat pengiktirafan Pingat Emas di International Invention, Innobation & Technology, Malaysia (ITEX) 2019 bagi inovasi Medicated Wound Dressing baru-baru ini.

Rosfarizan menambah, produk tersebut terbukti mampu menyembuhkan luka dalam masa 48 jam mengikut keadaan tahap luka seseorang pesakit.

"Kos yang dianggarkan jauh lebih murah berbanding produk penyembuhan luka yang lain iaitu RM2 per gram bagi harga komersial dalam bentuk gel, cecair penyembur dan lapisan dalam balutan luka.

 "Diharapkan mana-mana pemain industri penjagaan luka yang berminat untuk berkolaborasi dengan UPM. Produk ini dapat dikomersialkan untuk kegunaan orang ramai," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Tarikh Input: 16/07/2019 | Kemaskini: 16/07/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEZSA6~