The 1st Microbes Invention, Innovation And Ideation Challenge 2017' (MINIC 2017) | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » The 1st Microbes Invention, Innovation and Ideation Challenge 2017' (MINIC 2017)

The 1st Microbes Invention, Innovation and Ideation Challenge 2017' (MINIC 2017)

Pada 14 Disember 2017 yg lalu telah diadakan Pertandingan 'The 1st Microbes Invention, Innovation and Ideation Challenge 2017' (MINIC 2017) bertempat di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM. Pertandingan ini melibatkan kira-kira 120 orang pelajar tahun 1 yang mengambil subjek BMY3101 dan BMY3001 Mikrobiologi di bawah seliaan Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad, Prof. Dr Khatijah Mohd Yusof, Dr Asilah Ahmad Tajudin dan Dr Amalia Mohd Hashim.  Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa di dalam kelas dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk idea inovasi berasaskan mikrob bagi menyelesaikan masalah semasa. Pelajar-pelajar dikehendaki membentangkan poster dan membina satu prototaip utk menerangkan tentang idea mereka.
 
Antara idea yang dibentangkan adalah produk-produk bagi merawat penyakit kanser, pemulihan alam sekitar, alternatif pewarna makanan dan lain-lain yang berasaskan mikrob.
 
Seramai 12 orang hakim yang terdiri daripada pensyarah UPM dan UiTM telah mengadili 14 buah kumpulan pelajar. Tempat pertama, kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Kumpulan 9, 3 dan 13.   
 
Aktiviti ini diharapkan dapat mencetuskan minat pelajar terhadap subjek mikrobiologi dan seterusnya menggalakkan mereka berfikir di luar kotak bagi membantu menyelesaikan masalah semasa. 
 
 
Tahniah buat para pemenang!
 
Disediakan oleh:
 
Dr Amalia Mohd Hashim
Jabatan Mikrobiologi

Tarikh Input: 18/12/2017 | Kemaskini: 27/12/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEUPA7~