Tahniah, Top Research Scientist 2013 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Tahniah, Top Research Scientist 2013

Tahniah, Top Research Scientist 2013

Fakulti mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Ali Hassan dan Y.M. Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman diatas pengiktirafan sebagai "Top Research Scientist 2013" oleh Akademi Sains Malaysia. Tahniah!





KUALA LUMPUR, 18 Dis (UPM) – Dua belas saintis Universiti Putra Malaysia (UPM adalah antara 35 saintis yang diberi pengiktirafan oleh Akademi Sains Malaysia  (ASM) sebagai saintis penyelidik terkemuka negara pada 2013.

Seorang daripada mereka juga dimasyhurkan sebagai Felo ASM pada upacara penyampaian anugerah itu dalam majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka, yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Prof Dr Fatimah Md Yusoff, pakar dalam bidang ekologi akuatik dan limnology dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian, adalah Antara 19 saintis yang dilantik sebagai Felo baharu ASM tahun ini.




Beliau juga adalah seorang daripada 35 saintis yang dinobatkan sebagai saintis penyelidik terkemuka tahun ini.

Sebelas saintis UPM lain yang diberi pengiktirafan itu ialah:

1.  Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, pakar penyakit respiratori dan immunosupresif unggas berkaitan pengawalan penyakit ayam itik dan pembangunan vaksin ayam itik. Dr Aini, dari Fakulti Perubatan Veterinar yang baru sahaja menamatkan penggal beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal hwal Antarabangsa), juga dilantik menduduki Dewan Penghormatan World Veterinary Poultry Association pada Ogos 2013.

2.  Prof Dr Luqman Chuah Abdullah @ Chuah Teong Guan, pakar teknologi pengasingan dalam rawatan air kumbahan, kejuruteraan bahan mengenai pemprosesan bukan bahan dan biopolimer dan fitokimia, adalah dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan.



Prof Dr Luqman Chuah Abdullah @ Chuah Teong Guan receiving his awards

3.   Prof Madya Dr M. Iqbal Saripan, pakar elektronik perubatan, yang juga Ketua Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi dan Kejuruteraan Sistem Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan.



Dr Iqbal, 33, adalah penerima Anugerah Saintis Muda daripada Kemenetrian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bulan lepas.

4. Prof Dr Mahiran Basri, perintis dalam penyelidikan mengenai sintesis organik menggunakan enzim sebagai biokatalis di Malaysia, adalah prefosor kimia di Fakulti Sains. Beliau juga adalah Pengarah Pusat Kajian Asas bagi Sains Pertanian yang menyediakan pemegang SPM untuk mengikuti kursus peringkat ijazah di UPM.  



Prof. Dr Mahiran Basri

5. Prof Dr Mohd Ali Hassan, pakar teknologi biojisim, adalah professor di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan. Prof Dr Ali, yang memperoleh ijazah PhD dalam bidang Bioteknologi Alam Sekitar dari Okayama University of Japan dan  Sarjana Sains (Kepujian) dalam bidang kejuruteraan kimia dari Leeds University, kini terlibat dalam penyelidikan tentang biogas, bioplastik dan biocomposing.

6. Prof Dr Noh Azah Yusof, yang meminati penyelidikan tentang pembangunan kimia dan biosensor , khususnya dalam diagnosis perubatan dan pemantauan alam sekitar, adalah dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains.



Prof. Dr Noh Azah Yusof

7. Prof Dr Paridah Md Tahir, pakar produk kayu dan bukan kayu, adalah dari Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan. Beliau baru sahaja menyampaikan syarahan sulungnya awal bulan ini.



Prof. Dr Paridah Md Tahir

8. Prof Dr Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman, yang gemar mencari mikrob yang menghasilkan enzim termorstabil dan toleran organik, adalah Ketua Pusat Penyelidikan Teknologi Enzim dan Mikrob (EMTECH), Fakulti Sains Bioteknologi dan Biomolukul.



Prof. Dr Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman

9. Prof Dr Shamshuddin Jusop, pakar pembentukan tanah, mineralogi tanah dan kimia tanah, adalah dari Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian.



Prof. Dr Shamshuddin Jusop

10. Prof Dr Tan Chin Ping, yang memberi fokus terhadap usaha memajukan pelbagai teknologi pemprosesan lestari minyak sawit dan industri makanan, adalah Ketua Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Teknologi Sains Makanan.



Prof. Dr Tan Chin Ping

11. Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, pakar dalam bidang pemangkinan, adalah profesor kimia di Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Ketua Pusat Sains Pemangkin dan Penyelidikan Teknologi Putra (PutraCAT). Pada Oktober lepas, beliau dipilih menjadi anggota titular Divisyen 1 International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), badan induk pertubuhan kimia kebangsaaan dari seluruh dunia. Bahagian ini terlibat dalam bidang Fizikal dan Biofizikal Kimia IUPAC, yang berpejabat di Zurich.



Prof. Dr Taufiq Yap Yun Hin

Tahun lepas, tiga saintis UPM dimsyhurkan sebagai Felo ASM, manakala 12 lagi termasuk dalam kumpulan 27 saintis yang dinobatkan sebagai Saintis Penyelidikan Terkemuka oleh ASM.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdEAX~