Simposium Dan Bengkel Antarabangsa Genomik Fungsian Dan Struktur Biologi (FGSB2018) Yang Ke-3 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Simposium dan Bengkel Antarabangsa Genomik Fungsian dan Struktur Biologi (FGSB2018) yang ke-3

Simposium dan Bengkel Antarabangsa Genomik Fungsian dan Struktur Biologi (FGSB2018) yang ke-3

Simposium dan Bengkel Antarabangsa Genomik Fungsian dan Struktur Biologi (FGSB2018) yang ke-3

23 Julai menyaksikan kejayaan pembukaan Simposium dan Bengkel Antarabangsa Genomik Fungsian dan Struktur Biologi (FGSB2018) yang ke-3 bertemakan “Mendefinasikan Gen dalam Era Pasca-Genomik”. Pembukaan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dato' Dr.-Ing. Ir.  Renuganth Varatharajoo bertempat di  Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat TNCPI, UPM, Serdang. Barisan penganjur yang diketuai oleh Jabatan Biologi Sel dan Molekul serta, penganjur bersama Codon Genomics Sdn Bhd dan National University-Sudan, berjaya mengumpulkan sekumpulan besar penyelidik merentasi tiga benua untuk melibatkan diri dalam perkongsian pengetahuan dan menyediakan ruang bagi kerjasama penyelidikan yang berpotensi di kalangan penyelidik untuk mengembangkan idea penyelidikan ke sempadan sains baru.

Tema simposium-bengkel dengan tepat menggambarkan tahap perjalanan yang sedang dilalui sejak penemuan pelan kehidupan, DNA. Persoalan penting adalah "APAKAH YANG SETERUSNYA tentang koleksi data genom yang kita ada dan ketersediaan teknologi sempadan di tangan?". Semasa simposium dua hari (23-24hb Julai), merupakan spektrum topik yang sangat terkini, yang disampaikan dan diterajui oleh penceramah yang diundang dari Jepun, Australia, Thailand, China dan Malaysia. Ini diikuti dengan topik pembentangan lisan dan poster yang sama penting dan menarik oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa dari institusi yang berlainan. Sementara itu, bengkel 3 hari (25-27hb Julai) yang mengandungi 11 modul yang memberi tumpuan pada analisis genom adalah sangat intensif dan diadun sesuai dengan topik simposium yang dibentangkan.

Tanpa perlu dipersoalkan, sokongan moral yang kukuh dari Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, serta sokongan penajaan yang diterima daripada 14 syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang saling berkaitan dalam bidang penyelidikan ini, adalah sangat dihargai.

Disediakan oleh,

Profesor Madya Dr Janna Ong Abdullah

Dr Nurulfiza Mat Isa

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 07/08/2018 | Kemaskini: 07/08/2018 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXESVAb~