Seminar On Embracing Biosafety, Biosecurity, And Bioethics In Research 2017 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Seminar on Embracing Biosafety, Biosecurity, and Bioethics in Research 2017

Seminar on Embracing Biosafety, Biosecurity, and Bioethics in Research 2017

 

Pada 15  Ogos 2017  yang lalu,  satu seminar bertajuk “Embracing Biosafety,  Biosecurity and Bioethics in Research 2017”  telah dianjurkan oleh Medical Biotechnology Research Group UPM, dengan usahasama Majlis Bioetika Negara dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Dewan Kuliah Utama, Biotech1 Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM. Seminar ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengetengahkan isu biokeselamatan, biosekuriti dan bioetika serta kepentingannya dalam penyelidikan di kalangan para penyelidik, pentadbir, pegawai serta pelajar-pelajar siswazah. 

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI,  Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul yang mewakili Ketua Setiausaha MOSTI pada upacara perasmian seminar pada jam 12:30  tengah hari.  Upacara perasmian ini turut  dihadiri oleh Timbalan  Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa.

Seminar yang dihadiri lebih 200 peserta dan penceramah dari pelbagai institusi pengajian serta penyelidikan di Malaysia ini turut menjadi medan untuk pendedahan, diskusi dan perbincangan berkenaan Akta Biokeselamatan  Malaysia 2017,  Malaysian Code of Responsible  Conduct in Research (MCRCR),  prosedur-prosedur yang terlibat dalam permohonan melibatkan bioetika, serta isu-isu semasa berkaitan biokeselamatan, biosekuriti, dan bioetika. Antara isu-isu yang telah dibincangkan termasuklah yang berikut:

  •  Biosafety, Biosecurity, and Bioethics: Beyond Regulations and Awareness
  • The National Safety Guidelines: Treating Safety and Innovation as Equal Partners
  • Why Safety at the Workplace is a Continuing Challenge?
  • General Laboratory Biosafety: What are the Issues? What are the Solutions?
  • Hazardous Waste Management: Being Efficient, Being Effective
  • Environmental Risk Management in Agribiotechnology: Mitigating the impact of Technology on the Environment
  • Moving Organisms Across Boundaries: The Do’s and Don’ts
  • Current Challenges in Biosecurity - Why Does it Concern You?
  • Research in Jeopardy: Avoidance, Erosion, and Violation of Safety, Security and Ethics
  • Institutionalising Biosafety, Biosecurity, dan Bioethics in UPM
  • Accomplishing the Demands of Regulation and the Needs for Innovation: A Bridge Too Far?

Sebanyak 10   slot  pembentangan telah dipersembahkan oleh  speaker-speaker jemputan (Lampiran 1) dan seminar diakhiri dengan slot perbincangan forum yang dikendalikan oleh Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff. Adalah diharapkan bahawa pendedahan berkenaan isu, akta-akta dan prosedur melibatkan biokeselamatan, biosekuriti, dan bioetika di Malaysia dapat diterapkan di kalangan para peserta yang telah menghadiri seminar ini. Pengetahuan dan kesedaran terhadap isu-isu ini terutamanya dalam bidang perubatan, pertanian, dan bioteknologi akan memastikan bahawa kemajuan penyelidikan dan pengetahuan di institusi-institusi penyelidikan di Malaysia berada pada reputasi akademik tertinggi dan sentiasa relevan dengan keperluan masyarakat global.

Pihak penganjur seminar Embracing Biosafety, Biosecurity and Bioethics in Research 2017 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MOSTI atas penajaan dan sokongan sepanjang seminar tersebut. Penghargaan turut ingin diberikan pada Majlis Bioetika Negara atas kerjasama dalam penganjuran seminar tersebut.

Disediakan oleh:

Dr. Mas Jaffri Masarudin

Penolong Setiausaha,
Seminar Embracing Biosafety,  Biosecurity and Bioethics in Research 2017                                                            
Medical Biotechnology Research Group, UPM


 

Tarikh Input: 22/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdDAv~