Program Kesedaran Penyakit-penyakit Umum Di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Program kesedaran penyakit-penyakit umum di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi

Program kesedaran penyakit-penyakit umum di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi

Pada 8/11/2019 telah diadakan program komuniti di sekolah angkat Jabatan Biologi Sel dan Molekul, SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi yang dianjurkan oleh pelajar tahun tiga program Biologi Sel dan Molekul. Program ini adalah sebahagian dari kursus Pembelajaran Perkhidmatan dalam Biologi Sel dan Molekul (BSM4909) yang diselaraskan oleh Dr Noor Baity Saidi dan dibiayai oleh Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) yang diketuai beliau. Program ini diadakan secara kolaborasi dengan dua lagi kursus yang diajar oleh Dr Mariatulqabtiah Abdul Razak iaitu Immunologi Sel dan Molekul (BSM3402) dan Genetik Molekul Gunaan (BSM4201) dengan tema 'Kesedaran penyakit-penyakit umum di Malaysia'. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan mengenai penyakit-penyakit umum di Malaysia yang berkait dengan respon imunisasi dalam badan manusia dan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan.

Tarikh Input: 20/11/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
C1586072520