Program BioTech Food Bank | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Program BioTech Food Bank

Program BioTech Food Bank

17 April 2019 : Sekitar Pelancaran Program BioTech Food Bank, Program ini adalah inisiatif Jawatankuasa Jaringan Industri, Komuniti dan Antarabangsa di bawah Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP) untuk pelajar-pelajar fakulti BioTech.

Melalui program ini, pelajar Fakulti BioTech yang memerlukan boleh mengambil makanan yang disediakan di dalam almari BioTech Food Bank secara percuma. Antara makanan yang disediakan adalah biskut, mee segera, air kotak, makanan dalam tin, roti dan sebagainya.

Almari BioTech Food Bank terletak di tingkat 1 berhadapan dengan Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP). Semua makanan adalah sumbangan staf fakulti sendiri. Sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang kepada program ini boleh menghubungi En. Mohd Radzi Mahidin (03 9769 7588) atau Dr. Suriana Sabri (03 9769 8298)

Tarikh Input: 03/05/2019 | Kemaskini: 03/05/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
C1571089730