Poster Terbaik AFOBMCIS 2018 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Poster Terbaik AFOBMCIS 2018

Poster Terbaik AFOBMCIS 2018

Pada 18-21 Ogos, penyelidikan dari Jabatan Biologi Sel dan Molekul telah memenangi kategori poster terbaik di ‘ASEAN Federation of Biotechnology-Malaysia Chapter International Symposium 2018 (AFOBMCIS 2018)’, yang telah diadakan di Hotel dan Resort Pullman, Kuching, Sarawak. Dr. Lai Kok Song membentangkan projek penyelidikan bertajuk “Identifikasi dan pencirian famili gen enzim pemprosesan vakuol (VPE) dan tindakbalasnya terhadap Fusarium oxysporum dalam pisang”. Dr. Mas Jaffri Masarudin pula membentangkan projek bertajuk “Partikel nano kitosan terlabel-pendarfluor dan terubahsuai-hidrofobik sebagai sistem penghantar untuk meningkatkan pengumpulan dan penyampaian terapi asid klorogenik”, melalui pelajar pasca-siswazahnya, Ruqayyah Ainul Bashirah. Tahniah diucapkan!

 

Disediakan oleh

Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 29/08/2018 | Kemaskini: 29/08/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEaUAC~