✨Pensyarah Diiktiraf Universiti Ke-2 Dunia | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » ✨Pensyarah Diiktiraf Universiti Ke-2 Dunia

✨Pensyarah Diiktiraf Universiti Ke-2 Dunia

Pensyarah Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti, Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak, telah menerima anugerah Emerging Alumni Leader Award oleh Imperial College London, UK. Anugerah ini diumumkan di laman web rasmi universiti tersebut pada 9 Januari 2026 (https://www.imperial.ac.uk/alumni/alumni-awards/emerging/).

Anugerah yang dimulakan pada tahun 2020 ini telah mengiktiraf dan meraikan bintang baharu, inovator, pencetus perubahan serta pemimpin masa depan yang dipilih di kalangan alumni Imperial College London, sebuah universiti di kedudukan pertama di UK dan Eropah, dan kedua di dunia mengikut senarai QS World University Rankings 2026 (https://www.topuniversities.com/world-university-rankings). Antara kriteria pemilihan adalah alumni telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam meneraju bidang masing-masing, menunjukkan keazaman dan motivasi yang tinggi dalam kepimpinan serta usaha mencapai kecemerlangan, mampu membuktikan impak nyata melalui hasil kerja mereka, menjadi contoh teladan atau mentor yang menginspirasikan serta memberi sumbangan positif kepada komuniti melalui aktiviti profesional, sukarela atau kebajikan.

Melalui artikel berkisar perjalanan beliau semasa menyambung pengajian PhD di Imperial College London pada tahun 2008-2011, Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak juga telah menyatakan penghargaan dan berkongsi galakan kepada saintis muda untuk meneruskan cita-cita ke tahap tertinggi (https://www.imperial.ac.uk/Stories/alumni-awards-2026-maria/).

Tarikh Input: 27/01/2026 | Kemaskini: 28/04/2026 | mariatulqabtiah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
W, (05:52:24pm-05:57:24pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]