Pengumpulan Dana Kem Sains | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Pengumpulan Dana Kem Sains

Pengumpulan Dana Kem Sains

Pada 10 Disember 2017, pelajar dan kakitangan Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, telah menganjurkan program komuniti bertajuk "Pengumpulan Dana Kem Sains". Acara ini dianjurkan bersama Tech Outreach Malaysia, sebuah NGO yang melakukan banyak aktiviti sosaial dengan kanak-kanak dan wanita yang kurang bernasib baik. Matlamat utama acara ini adalah untuk menyediakan ruang untuk kanak-kanak dan remaja supaya dapat menjalankan eksperimen sains sambil bergembira. Secara tidak langsung, program ini juga akan merangsang dan meningkatkan minat dalam Sains di kalangan golongan muda. Acara ini adalah terbuka kepada orang ramai. Acara ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Seramai 150 orang pelawat telah mengunjungi stesen yang disediakan. Secara umum, aktiviti di sini dibahagikan kepada dua stesen iaitu stesen sains dan rekreasi. Di bawah stesen sains, terdapat 15 aktiviti sains yang menyeronokkan. Tujuh aktiviti seperti pertunjukan badut/sihir, tatu henna, lukisan muka, rumah berhantu dan kotak misteri/faktor ketakutan telah disediakan di stesen rekreasi. Setiap aktiviti ini berharga antara RM3-RM10. Untuk menyertai aktiviti ini, pelawat dikehendaki membayar dalam bentuk baucar. Buku kecil baucar telah dijual semasa acara tersebut. Terdapat juga gerai jualan untuk barang-barang terpakai serta makanan dan minuman. Hasil kutipan wang daripada program ini disumbangkan kepada Dana Pendidikan Kanak-kanak Keningau yang dibawah naungan Tech Outreach Malaysia.

Disediakan oleh,

Prof Madya Dr Parameswari Namasivayam

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 03/01/2018 | Kemaskini: 05/01/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEYNAT~