Pemindahan Teknologi Untuk Penghasilan Baja Biokompos | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Pemindahan Teknologi untuk Penghasilan Baja Biokompos

Pemindahan Teknologi untuk Penghasilan Baja Biokompos

17 Julai 2018 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Kumpulan TDM Berhad.

Kumpulan TDM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu berteraskan industri kelapa sawit dan pengkomersialan produk baja organik yang diperbuat daripada tandan kelapa sawit dan juga dikenali sebagai TDMBio.

TDMBio diproses di kilang automasi sepenuhnya milik syarikat TDM Berhad menggunakan teknologi mikrob secara ‘in house’ hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama TDM.

Universiti Putra Malaysia (UPM) diwakili oleh Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Kumpulan TDM Berhad diwakili oleh Dato’ Mohamat Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 5 tahun dalam pengurusan dan penggunaan biomass terhasil daripada industri kelapa sawit.

Tarikh Input: 18/07/2018 | Kemaskini: 19/07/2018 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXETBAj~