Pelajar Biotech Menakluki Pentas @ ICMBB2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Pelajar Biotech Menakluki Pentas @ ICMBB2019

Pelajar Biotech Menakluki Pentas @ ICMBB2019

Tanggal 24-25 April 2019, 3rd International Conference on Molecular Biology and Biotechnology (ICMBB2019) telah berlangsung di UCSI University, Kuala Lumpur. Konferens tersebut merupakan anjuran bersama di antara Malaysian Society for Molecular Biology and Biotechnology (MSMBB) dan UCSI University. Sebahagian besar para akademik dan pelajar pascasiswazah dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah menyertai acara tersebut. Sebahagian daripada mereka telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak konferens dalam mencari pembentang poster terbaik dan juga pembentang oral terbaik melalu penyampaian unik Pecha Kucha. Cik Hanis Faudzi dari Jabatan Sel dan Biologi Molekul telah memenangi tempat pertama sebagai pembentang oral terbaik: Pecha Kucha bagi kategori Biologi Molekul. Beliau telah dianugerahkan dengan hadiah wang tunai dan juga sijil untuk kemenangannya. Cik Hanis Faudzi membentangkan kajiannya yang bertajuk “Interaction of Lactococcus lactis M4 with Human Colorectal Cancer Cell Line, Caco-2”. Abstrak bagi kajian tersebut akan diterbitkan dalam Asia Pacific Journal for Molecular Biology and Biotechnology (AJPMBB) 2019.

Disediakan oleh,

Dr Siti Sarah Othman,

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 09/05/2019 | Kemaskini: 09/05/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEZBAm~