PECIPTA 2017 : Dr. Syahida Ahmad Raih Anugerah Semi Grand Award | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » PECIPTA 2017 : Dr. Syahida Ahmad raih Anugerah Semi Grand Award

PECIPTA 2017 : Dr. Syahida Ahmad raih Anugerah Semi Grand Award

Foto Syahida Ayie.  Foto Syahida Ayie. Foto Syahida Ayie.

Syabas kepada Penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM di atas pencapaian cemerlang di pameran dan pertandingan inovasi PECIPTA 2017 yang telah berlangsung di Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada 7-9 Oktober 2017 yang lalu.

Dr. Syahida Ahmad dari Jabatan Biokimia telah memenangi anugerah khas “Semi Grand Award” PECIPTA 2017 disamping pingat emas bagi projek Danio Assay Kit: Robust in vivo Toxicity Screening Test.

Penyelidik BioTech yang turut bertanding ialah Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman (pingat perak), Prof. Dr. Lai Oi Ming (pingat perak) dan Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad (pingat perak).

PECIPTA 2017 merupakan program dwitahunan yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur telah disertai oleh 40 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta, di samping tujuh Politeknik dan dua buah Kolej Komuniti.

UPM keseluruhannya telah memenangi 2 emas, 10 perak dan 8 gangsa pada PECIPTA kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga BioTech!

Disediakan oleh:

Dr. Zetty Norhana Balia Yusof

Jabatan Biokimia

Tarikh Input: 23/10/2017 | Kemaskini: 23/10/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566170806