PAMERAN PENDIDIKAN ASASI 2016 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » PAMERAN PENDIDIKAN ASASI 2016

PAMERAN PENDIDIKAN ASASI 2016

Pameran Pendidikan Asasi 2016

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech), UPM telah menyertai pameran “Asasi Education Fair 2016” pada 2 Mac 2016. Pameran pendidikan tersebut dikelolakan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian (Asasi), UPM. Ia dijalankan di Pusat Kesenian dan Budaya Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Peserta yang hadir terdiri daripada para pelajar Asasi dan 11 buah sekolah sekitar Serdang dan Lembah Klang.

BioTech telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan empat program yang ditawarkan oleh BioTech iaitu Bacelor Sains Kepujian Biokimia, Bacelor Sains Kepujian Bioteknologi, Bacelor Sains Kepujian Biologi Sel dan Molekul serta Bacelor Sains Kepujian Mikrobiologi. Setiap jabatan telah mempamerkan poster tentang program masing-masing.

Pengunjung tertarik dengan model biopemprosesan, bioreaktor, gel elektroforesis, mikroskop serta gambar mikroorganisma dan model virus. Mereka telah menunjukkan minat yang tinggi untuk mengikuti program yang ditawarkan oleh BioTech.

 

                                                                                    




Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEUCAq~