MYCELMOL ’18 : It’s All About Back To Basics | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » MYCELMOL ’18 : It’s All About Back to Basics

MYCELMOL ’18 : It’s All About Back to Basics

Pelajar-pelajar dari Jabatan Biologi Sel dan Molekul telah menganjurkan program tahunan jabatan, Mycelmol Meet 2018 pada 25 Februari 2018 di bawah pepohon rimbaun hutan menghijau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Penganjuran Mycelmol ’18 kali ini dilakukan oleh para pelajar Tahun 2 program Ijazah Sarjana Muda Biologi Sel dan Molekul Dengan Kepujian; diketuai Pengarah Program Mohd Shuhaily Mohd Jasmany dan Penasihat Program Dr. Mas Jaffri Masarudin. Program Mycelmol ’18 telah menerima sambutan baik daripada warga jabatan dengan kehadiran seramai 106 pelajar (Tahun 1-4), 8 Staf Akademik, dan 1 Staf Jabatan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor, Ketua Jabatan Biologi Sel dan Molekul. Di bawah tema‘It’s all about back to basics’, Mycelmol ’18 dianjurkan dengan objektif untuk memupuk jalinan lebih mesra antara para pelajar dan Staf jabatan, serta mengetengahkan semangat setiakawan dan keyakinan diri, sinergi kerja sepasukan, serta dan rasa hormat diri di kalangan peserta. Program sehari tersebut meliputi pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, termasuklah aktiviti kumpulan secara “Explorace” sepanjang 5 stesen mengandungi pelbagai permainan tradisional seperti Musang Berjanggut, Neraca, and Pensel Bertali. 

 

Pihak penganjur Mycelmol ’18 ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang te l ah mengembleng tenaga dan masa untuk memastikan bahawa penganjuran program kali ini berjaya mencapai objektif seperti yang diinginkan. Pihak  penganjur  turut  ingin  memberikan penghargaan pada pihak Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta pihak UPM di atas bantuan dan sokongan bagi Mycelmol ’18. Kejayaan dalam Penganjuran Mycelmol ’18 tahun ini adalah suatu inisiatif pihak jabatan dalam menghasilkan graduan holistik dan seimbang yang merupakan salah satu daripada teraju penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Disediakan oleh:

Dr. Mas Jaffri Masarudin

Penasihat dan Ketua Program Mycelmol 2018

Tarikh Input: 08/03/2018 | Kemaskini: 09/03/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEaSAM~