MYCELMOL’19: ANABOLIZE YOUR GUTS, CATABOLIZE YOUR FEARS | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » MYCELMOL’19: ANABOLIZE YOUR GUTS, CATABOLIZE YOUR FEARS

MYCELMOL’19: ANABOLIZE YOUR GUTS, CATABOLIZE YOUR FEARS

Pada 14 April 2019, telah berlangsungnya program MYCELMOL’19, acara tahunan Jabatan Biologi Sel dan Molekul, bertempat di Bukit Ekspo, UPM. Program ini dianjurkan oleh pelajar Tahun Dua program BSc (Kepujian) Sel dan Biologi Molekul dibawah pemantauan Dr Mohd Azuraidi Osman, dan melibatkan semua pensyarah, staf dan pelajar Tahun Satu hingga Tahun Empat Jabatan Biologi Sel dan Molekul. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor, diikuti dengan zumba dan aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Zootopia, Have Some Balls, Blow, blow blow!, Human Caterpillar dan Mysterious Box. Selesai sahaja semua aktiviti, program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah dan makan tengahari bersama-sama. Program ini merupakan salah satu langkah untuk merapatkan lagi hubungan antara semua warga Jabatan disamping memupuk keberanian peserta dalam menghadapi cabaran. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh,

Nur Dini Fatini

Pelajar, Jabatan Biologi Sel dan Molekul.

Tarikh Input: 14/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEbLAp~