Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf FBSB 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Jun 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan pencapaian cemerlang warga Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB).
Sebanyak 49 anugerah telah disampaikan kepada 97 penerima yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik. Turut disampaikan ialah tujuh (7) Anugerah Pertandingan EKSA Peringkat FBSB Tahun 2026 yang melibatkan 13 penerima, sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan dalam memperkukuh amalan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf merupakan acara tahunan FBSB yang dianjurkan bagi menghargai dan meraikan sumbangan serta pencapaian cemerlang warga fakulti dalam pelbagai bidang, termasuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, jaringan industri dan komuniti, pengurusan serta perkhidmatan sokongan. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada budaya kerja berprestasi tinggi serta menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam kalangan warga FBSB demi terus mengangkat reputasi fakulti dan universiti ke tahap yang lebih gemilang.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai.












Tarikh Input: 19/06/2026 | Kemaskini: 19/06/2026 | saiful

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia