Pada 14 Oktober 2016, telah melawat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada program “Karnival Pendidikan Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej Mara, Sesi 2016-2017” anjuran bersama Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CosComm) dan “Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Tinggi” Malaysia.
Dr. Asilah berpeluang untuk memperkenalkan program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul (BioTech), UPM. Taklimat ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar matrikulasi yang kini mengikuti Aliran Sains Modul I (Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi). Kami berharap taklimat ini memberi manafaat kepada pelajar serta mereka mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai program-program yang ditawarkan oleh BioTech, UPM. Kami juga berharap minat dikalangan pelajar untuk memilih program-program yang ditawarkan oleh BioTech, UPM sebagai pilihan pertama meningkat pada tahun akademik yang mendatang!
Tarikh Input: | Kemaskini: 14/03/2017 | ahmadazlan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia