LAWATAN KE BIOTECH, UPM OLEH SMK (LKTP) TERSANG | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » LAWATAN KE BIOTECH, UPM OLEH SMK (LKTP) TERSANG

LAWATAN KE BIOTECH, UPM OLEH SMK (LKTP) TERSANG

LAWATAN KE FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL, UPM OLEH SMK (LKTP) TERSANG

Serdang, MALAYSIA (6 April, 2016) – Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul telah menerima lawatan daripada 35 pelajar (Tingkatan 4 dan 5) dan lima orang guru SMK (LKTP) Tersang, Raub, Pahang. Penerangan dan lawatan makmal telah diaturkan untuk menyambut kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada senario atau kehidupan sebagai pelajar di fakulti.

Pelajar-pelajar dan guru-guru tiba di fakulti pada pukul 11.15 pagi. Dr. Dhilia Udie Lamasudin memulakan penerangan tentang fakulti. Para pelajar dan guru diberi penerangan tentang latar belakang pendidikan di fakulti, program pra-siswazah dan kelayakan masuk bagi setiap program. Mereka juga diterangkan tentang peluang pekerjaan sedia ada bagi bidang-bidang berkaitan iaitu Biokimia, Bioteknologi, Mikrobiologi serta Biologi Sel dan Molekul. Diikuti oleh sesi soal jawab yang disertai oleh pensyarah-pensyarah dari semua jabatan (Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling, Dr. Zetty Norhana Balia Yusof, Dr. Syahida Ahmad, Dr. Nur Fatihah Mohd Yusoff, Dr. Muhaimin Roslan dan Dr. Saila Ismail).

Selepas sesi penerangan, pelajar-pelajar dan guru-guru dibawa ke kelas amali kursus pra-siswazah untuk pendedahan tentang bagaimana pelajar-pelajar pra-siswazah belajar dan mengendalikan amali.  Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Siti Aqlima Ahmad dan Dr. Zetty Norhana Balia Yusof.

Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Semua pelajar telah memberi maklum balas untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566656418