Lawatan Akademik Oleh Pelajar UiTM Melaka, Kampus Jasin | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Lawatan Akademik oleh Pelajar UiTM Melaka, Kampus Jasin

Lawatan Akademik oleh Pelajar UiTM Melaka, Kampus Jasin

Pada tarikh 7 Disember 2017, pelajar-pelajar program Sarjana Muda dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Melaka, Kampus Jasin, telah mengadakan lawatan akademik ke Makmal Biotech 3, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Lawatan telah dimulakan dengan taklimat pengenalan Fakulti dan Jabatan Biologi Sel dan Molekul oleh Dr. Dhilia Udie Lamasudin yang diadakan di Bilik Kuliah 3.1. Kemudian, para pelajar telah dibawa ke Makmal Proteomik dan diberi penerangan oleh Ketua Makmal tersebut iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Puad Abdullah. Seterusnya, para pelajar telah dibawa ke Makmal Tisu Kultur Tumbuhan. Penerangan mengenai tisu kultur tumbuhan dan makmal tersebut telah disampaikan oleh Dr. Nur FatihahMohd. Yusoff, selaku Ketua Makmal. Lawatan ini merupakan salah satu langkah mempromosikan kemudahan-kemudahan makmal yang berkaitan dengan penyelidikan tumbuhan kepada pelajar, yang diharapkan dapat mengukuhkan minat mereka dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia.

 

Disediakan oleh:

Dr. Dhilia Udie Lamasudin

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 14/12/2017 | Kemaskini: 14/12/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdXAr~