Latihan Kebakaran FBSB 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Latihan Kebakaran FBSB 2019

Latihan Kebakaran FBSB 2019

Satu sesi Latihan Kecemasan (Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya) telah dilaksanakan di Bangunan Biotech 1, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul pada 28 Mac 2019 (Khamis) lalu, yang melibatkan kerjasama Unit Bantu Mula dan Pusat Kesihatan Universiti. Sesi latihan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 9.20 pagi.


Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kepada warga Biotech mengenai langkah keselamatan dan tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku situasi kecemasan tumpahan bahan kimia berbahaya di premis atau bangunan masing-masing.


Pasukan Tindakan Kecemasan yang terdiri dari Unit Logistik, Kawalan Trafik, Pengungsian, Penyelamat, First Aider dan Kawalan Tumpahan, dengan diketuai oleh En. Suhaifi Sulaiman sebagai On-Scene Commander, telah bertindak pantas untuk mengosongkan bangunan.


Pasukan Kawalan Tumpahan telah berjaya mengawal tumpahan daripada merebak dan seterusnya membersihkan kawasan tumpahan bagi membolehkan kelas amali berjalan seperti sedia kala di makmal yang terlibat.


Fisrt Aider juga merawat mangsa yang tercedera terkena bahan kimia dan kaca pecah sebelum Ambulans dan Paramedik tiba di tempat kejadian.
Hasil dari sesi post mortem sejurus selepas latihan kecemasan dapat dirumuskan seramai kira-kira 121 kakitangan di Bangunan Biotech 1 telah mempamerkan kerjasama yang mantap di mana semua penghuni berjaya keluar menerusi tangga kecemasan dengan mengambil masa hanya 4 minit.


"Saya yakin usaha pembudayaan keselamatan melalui latihan kecemasan ini akan dapat diperluas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan pemilik serta pekerja sesebuah premis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan” kata Pegawai Pemantau Latihan Kecemasan dari PPKKP UPM. “Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik seperti tindakan semasa mengawal tumpahan dan kawalan di pintu masuk bangunan” katanya lagi.


SYABAS DAN TAHNIAH kepada warga Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul di atas kerjasama yang sangat baik sewaktu latihan dijalankan.

Disediakan oleh:

Pn. Liyana Ithnin

Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan FBSB

Tarikh Input: 10/04/2019 | Kemaskini: 10/04/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEaFAV~