Kursus Pengeringan Beku Komprehensif 2017 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Kursus Pengeringan Beku Komprehensif 2017

Kursus Pengeringan Beku Komprehensif 2017

Dengan kerjasama Ara Gemilang Saintifik Sdn. Bhd., Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah menganjurkan kursus “Pengeringan Beku Komprehensif 2017” pada 12 Disember 2017, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Makmal Analitikal, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Kursus ini telah dihadiri oleh 19 orang yang terdiri daripada pensyarah, jurutera projek, pegawai sains, pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan pelajar. Tujuan kursus ini adalah untuk menyampaikan kesedaran, pemahaman dan pengetahuan tentang pelaksanaan prinsip-prinsip asas berkaitan dengan proses pengeringan beku. Terdapat dua penceramah pada hari itu; Encik Rais Abdul Rahman, Pakar Produk daripada Ara Gemilang Saintifik Sdn. Bhd. dan Encik Mohd Rizal Kapri, Pegawai Penyelidik di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM.

Disediakan oleh:

Siti Munira Binti Abdul Razak

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 03/01/2018 | Kemaskini: 03/01/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEZNAh~