SERDANG 22 Jul. – Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM telah menerima kunjungan delegasi yang terdiri daripada 28 pelajar siswazah dan 1 profesor dari Delf University of Technology, the Netherlands. Mereka disambut oleh Ahli Pengurusan, staf dan pelajar siswazah fakulti. Kunjungan pertama kali ini dapat menjalinkan hubungan dua hala antara 2 universiti untuk kerjasama di masa hadapan. Delegasi dibawa melawat Pusat Penyelidikan Teknologi Enzim dan Mikrob (EmTech), kemudahan di Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan (BBRC), Kompleks Biorefinery dan Putra Science Park (PSP), UPM.
Disediakan oleh:
Pn Suryani Ahmad
Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah)
Tarikh Input: 23/07/2019 | Kemaskini: 23/07/2019 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia