Serdang, 18 Disember 2025 -Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang pensyarah fakulti atas kejayaan menerima Anugerah Buku Negara 2024–2025 bagi kategori Penerbitan & Reka Bentuk: Reka Bentuk Buku Terbaik.
Anugerah berprestij ini telah diberikan menerusi penerbitan buku bertajuk Nanas Tanaman Tropika Pelbagai Guna (ISBN: 978-629-7689-27-2), yang menonjolkan keunggulan kandungan ilmiah serta kualiti reka bentuk penerbitan.
Penerima anugerah daripada FBSB ialah:
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga akademik FBSB dalam menghasilkan karya ilmiah berkualiti tinggi yang memberi sumbangan signifikan kepada bidang ilmu, industri dan masyarakat. Fakulti turut merakamkan penghargaan kepada Penerbit UPM atas kerjasama dan sokongan dalam merealisasikan penerbitan buku ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penulis atas pengiktirafan yang membanggakan ini.
Oleh: Pejabat TDPS
Tarikh Input: 18/12/2025 | Kemaskini: 18/12/2025 | nazriah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia