BioVISIT 2018 : Plan Your Future | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » BioVISIT 2018 : "Plan Your Future"

BioVISIT 2018 : "Plan Your Future"

26 April 2018 : Persatuan Mahasiswa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioMIX) dengan kerjasama Jabatan Teknologi Bioproses, Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Jalan Empat, Bandar Baru Bangi telah mengadakan Program BioVISIT 2018 : "Plan Your Future" bertempat di Bangunan BioTech1. Sebanyak 3 buah sekolah telah terlibat dalam program ini iaitu SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi, SMK Saujana Utama Sungai Buloh dan Sri Ayesha Islamic School, Bandar Baru Bangi

Program ini diadakan untuk pelajar tingkatan 4 yang bakal menempuh alam universiti tidak lama lagi. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia dan program-program yang ditawarkan oleh fakulti. Program ini juga adalah sebagai platform untuk pelajar mengenalpasti peluang kerjaya yang melalui program-program yang ditawarkan

Tarikh Input: 04/05/2018 | Kemaskini: 04/05/2018 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEZSAB~