Biotech UPM Bantu Lonjakkan Inovasi | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Biotech UPM Bantu Lonjakkan Inovasi

Biotech UPM Bantu Lonjakkan Inovasi

Inovasi dan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematic) merupakan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada 8-10 April 2019 yang lalu, 35 orang pelajar beserta dua orang pensyarah iaitu Professor Madya Dr. Noor Azmi bin Shaharuddin dan Dr. Amir Syahir bin Amir Hamzah dari Jabatan Biokimia Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Universiti Putra Malaysia telah mengadakan aktiviti khidmat pengajaran (service learning) kepada para pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama (SMKSU) Sungai Buloh.

 

Lima tema yang telah dipilih; i) respirasi, ii) biokimia alam sekitar, iii) kimia biologi, iv) biokimia-sistem pengangkut dalam organisma, dan v) sistem koordinasi badan. Aktiviti telah dijalankan dalam banyak pendekatan interaktif antaranya berbentuk tayangan video, Kahoot, dam ular gergasi, permainan dart, dan lagu pengajaran biokimia yang dinyanyikan khusus oleh pelajar Jabatan Biokimia.  

 

Dalam pada itu juga, pada 14 April 2019 yang lalu, SMKSU, yang juga merupakan sekolah angkat Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia telah menggondol beberapa kejuaraan dalam International Innovation Creativity & Technology Exhibition (i2CREATE) 2019 yang dilangsungkan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Anugerah yang dimenangi termasuklah Gold Award, dan Special Award in Biotechnology. Produk-produk yang dihantar dalam penyertaan ini adalah merupakan kajian bersama dengan para pensyarah dan pelajar Jabatan Biokimia Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM.

Disediakan oleh :


Dr. Amir Syahir Amir Hamzah

Jabatan Biokimia

Tarikh Input: 03/05/2019 | Kemaskini: 03/05/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEbEAp~