BioTech UPM Anjurkan Program Sains Sempena Cuti Sekolah | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » BioTech UPM Anjurkan Program Sains Sempena Cuti Sekolah

BioTech UPM Anjurkan Program Sains Sempena Cuti Sekolah

Pada 15 Ogos 2019 telah berlangsung program BioTech Experience 2019 yang merupakan program cuti sekolah sehari yang telah dianjurkan oleh Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Antarabangsa Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP) Fakulti khas untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bersempena cuti sekolah.

Dengan tema Korean Experience@Biotech, pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk para pelajar didedahkan dengan aktiviti sains dan teknologi dalam pembuatan kimchi dan pengektrakan DNA menggunakan buah strawberry korea.

Seramai 40 orang pelajar dari pelbagai sekolah seluruh malaysia telah menyertai program ini sekaligus dapat mengukuhkan lagi aktiviti jaringan fakulti bersama komuniti.

Disediakan oleh :

En Mohd Radzi Mahidin

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan HEP)

Tarikh Input: 23/08/2019 | Kemaskini: 23/08/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEbEAm~