Biotech Seminar 2017 Advances On PCR Technology And Its Expansion | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Biotech Seminar 2017 Advances On PCR Technology And Its Expansion

Biotech Seminar 2017 Advances On PCR Technology And Its Expansion

Pada tarikh 31 Oktober 2017, satu seminar bertajuk “Advances on qPCR Technology and Its Expansion” telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Biologi Sel dan Molekul, UPM, dengan kolaborasi bersama Axon Scientific Sdn Bhd dan TOYOBO Co. Ltd. Seminar separuh hari tersebut telah dijalankan di BilikLatihan Biotech 1.6. Tujuan seminar ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang asas PCR dan qPCR serta penyelesaian masalah berdasarkan produk TOYOBO. Terdapat dua penceramah pada hari tersebut, Dr. Toshihiro Kuroita dan Encik Takayoshi Hiyama, masing-masing merupakan Pengarah Kumpulan dan pakar produk di Tsuruga Institute of Biotechnology, TOYOBO Co. Ltd. Dua puluh empat peserta yang hadir ke seminar tersebut merupakan pembantu penyelidik, pelajar-pelajar prasiswazah tahun akhir dan siswazah daripada fakulti dan institut yang berbeza di UPM. Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya memperkenalkan produk TOYOBO untuk analisis PCR dan qPCR dan memberikan tip untuk menyelsaikan masalah berkenaan analisis tersebut.

 

Disediakan oleh:

Dr. Nur Fatihah Mohd Yusoff

Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 09/11/2017 | Kemaskini: 17/11/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566651945