BIOCHEMISTRY DAY OUT 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » BIOCHEMISTRY DAY OUT 2019

BIOCHEMISTRY DAY OUT 2019

Pada 21 April 2019 (Ahad), Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul telah menganjurkan program Biochemistry Day Out bertempat di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar tahun 2 program Biokimia diketuai oleh Mohammad Iqbal bin Abu Bakar sebagai Pengarah Program, dan Dr. Noor Dina Muhd Noor sebagai penyelaras program. Program ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 program Biokimia iaitu seramai 111 dan juga 11 orang pensyarah Jabatan Biokimia. Biochemistry Day Out merupakan program tahunan Jabatan Biokimia yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan dari penyelaras program, diikuti dengan acara senam robik dan aktiviti sukaneka yang disertai oleh semua kumpulan pelajar mengikut mentor masing-masing. Program ini ditamatkan pada jam 1.30 petang dengan ucapan penutup oleh Ketua Jabatan Biokimia, Prof. Madya Dr. Mohd Shukuri bin Mohamad Ali. Penganjuran Biochemistry Day Out 2019, pada kali ini mendapat reaksi yang positif daripada para pelajar dan pensyarah.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pelajar tahun 2 Biokimia, atas komitmen terbaik daripada mereka untuk memastikan program ini dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan lancar. Tahniah!!

Disediakan oleh:

Dr Noor Dina Muhd Noor

Jabatan Biokimia

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 21/05/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdMAn~