Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan 2020 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan 2020

Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan 2020

Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul (FBSB) telah menganjurkan bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan 2020 pada 1 - 4 September 2020. Bengkel ini telah berlangsung selama empat hari, bertempat di Makmal Pengajaran 6 dan Bilik Seminar 1.4, FBSB. Bengkel ini telah dihadiri oleh sepuluh orang peserta dari golongan guru bidang bioteknologi dari tiga buah Kolej Vokasional yang berbeza. Objektif bengkel adalah untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai teknologi DNA rekombinan melalui kaedah kuliah dan kerja amali. Di akhir bengkel, semua peserta sangat berpuast hati dengan perjalanan bengkel serta perkongsian maklumat yang lengkap oleh semua penceramah dan fasilitator dari Jabatan Biologi Sel Molekul.


Disediakan oleh:
Siti Munira Binti Abdul Razak
Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 20/11/2020 | Kemaskini: 20/11/2020 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDTMAD~