Bengkel Permohonan Geran MyLAB FBSB Siri 1/2026 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Permohonan Geran MyLAB FBSB Siri 1/2026

Bengkel Permohonan Geran MyLAB FBSB Siri 1/2026

Serdang, 7 April 2026 –Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM telah menganjurkan Bengkel Permohonan Geran MyLAB Siri 1/2026 di Bilik Mesyuarat Fakulti, Biotech 1 dengan penyertaan seramai 12 orang peserta terdiri daripada pensyarah/penyelidik fakulti. 

Bengkel ini bertujuan memberi panduan kepada pensyarah dan penyelidik dalam menyediakan permohonan geran MyLAB yang berkualiti. Program bengkel merangkumi taklimat Geran MyLAB oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan, Ahli Board of Governors (BOG), MyLAB serta YBhg. Prof. Dr. Foo Hooi Ling, Ahli Executive Council (EC), MyLAB. Selain itu, serta sesi perkongsian turut diadakan bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Saiful Ahmad Hamdani dari Fakulti Pertanian yang mengenengahkan pengalaman sebenar dalam proses penyediaan kertas cadangan dan penilaian geran.

Program turut disusuli sesi perbincangan interaktif bagi membantu peserta memahami keperluan permohonan geran dengan lebih jelas.

Oleh: Pejabat TDPS

 

Tarikh Input: 09/04/2026 | Kemaskini: 09/04/2026 | nazriah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
W, (02:51:13pm-02:56:13pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]