Bengkel FGSB Workshop Series III: Basic Recombinant DNA Technology 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel FGSB Workshop Series III: Basic Recombinant DNA Technology 2019

Bengkel FGSB Workshop Series III: Basic Recombinant DNA Technology 2019

Jabatan Biologi Sel dan Molekul dengan kerjasama Nanogene Solutions Sdn Bhd dan TransGen Biotech Co., LTD telah mengadakan Bengkel FGSB Workshop Series III: Basic Recombinant DNA Technology 2019 pada 30 dan 31 Oktober. Bengkel tersebut adalah siri ke-3 bagi siri bengkel FGSB yang diadakan secara berkala. Ia bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada teori dan amali berkenaan teknik manipulasi DNA genomik, pengklonan gen dan tindakbalas berantai polimerase (PCR). Seramai 15 orang peserta telah menyertai bengkel tersebut yang majoritinya adalah adalah pelajar UPM dari pelbagai fakulti dan beberapa orang wakil dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Felda Global Ventures (FGV). Siri bengkel FGSB akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang dengan tema yang berbeza mengikut keperluan penyelidikan semasa.

Tarikh Input: 20/11/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDTSAX~