Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan

Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan

Pada tanggal  1 hingga 3 Ogos 2017, Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah mengadakan Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan bertempat di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Bengkel ini julung kali diadakan dan tema yang telah dipilih adalah “A sustainable and competitive agriculture through in vitro culture”. Sepanjang tiga hari berlangsungnya bengkel ini, peserta didedahkan dengan sesi kuliah dan praktikal. Seramai enam peserta daripada bidang academia dan industri telah mendaftar dalam bengkel yang sangat berfokuskan kepada latihan praktikal individu. Umumnya, antara topik yang dibincangkan adalah teori pengenalan asas kultur tisu tumbuhan, teknik asas yang dugunakan dalam penghasilan kultur tisu dan aplikasi kultur tisu dalam industri kormersial dan penyelidikan. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya melatih para peserta untuk menjalankan aktiviti kultur tisu secara berkesan sekaligus dapat menghasilkan tumbuhan klon elit. Disamping itu, peserta juga dapat bertukar idea dan berbincang mengenai teknologi terkini berhubung kultur tisu tumbuhan.

Disediakan oleh:

Dr. Zetty Norhana Balia Yusof
Jabatan Biokimia

 

Tarikh Input: 11/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdSAU~