Bengkel Asas Bioinformatik 2021 Secara Maya | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Asas Bioinformatik 2021 Secara Maya

Bengkel Asas Bioinformatik 2021 Secara Maya

Bengkel Asas Bioinformatik 2021 adalah bengkel pengenalan untuk memberi pengetahuan kepada pegawai makmal mengenai prinsip asas dan teknik praktikal yang digunakan dalam bioinformatik. Bengkel yang berada di bawah naungan Prof. Madya Dr. Adam Leow Thean Chor (Ketua Jabatan Biologi Sel dan Molekul) ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 16 hingga 17 Ogos 2021. Memandangkan dalam tempoh tersebut negeri Selangor berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1, bengkel ini yang sepatutnya dijalankan secara bersemuka telah dilaksanakan secara maya melalui platform Zoom. Seramai enam penceramah/fasilitator dari Jabatan Biologi Sel dan Molekul yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini iaitu Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa, Prof. Madya Dr. Mas Jaffri Masarudin, Prof. Madya Mariatulqabtiah Abdul Razak, Dr. Nur Fatihah Mohd Yusoff, Dr. Nadiya Akmal Baharum dan Cik Siti Nur Bahiyah Azmi (Pelajar Pascasiswazah).

Manakala lima peserta yang hadir adalah terdiri daripada kalangan pegawai makmal Jabatan Biologi Sel dan Molekul. Kaedah pembelajaran bengkel terbahagi kepada kuliah dan amali serta dilaksanakan sebanyak tiga sesi bagi setiap kaedah masing-masing. Antara topik sesi kuliah yang terlibat adalah Introduction To Bioinformatics And Public Databases, DNA Sequence Alignment And Analysis dan Molecular Evolutionary Relationship. Manakala topik bagi sesi amali yang dijalankan adalah Access To Information From Databases, Sequence Analysis Using BioEdit And Basic Local Alignment Search Tool (BLAST) dan Phylogenetic Tree Analysis.

Secara keseluruhannya, keberkesanan bengkel telah memenuhi objektif yang dirancang dan berlangsung dengan jayanya serta menerima maklumbalas yang positif daripada semua peserta. Terima kasih.

Disediakan oleh,

Nur Aimi Nadhirah Binti Anuar
Ketua Program
Bengkel Asas Bioinformatik

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
WXFSLAu~